(VIRAL) Nama Saja Askar Tapi.....

loading...
Nama Saja Askar Tapi.....


Nama Saja Askar Tapi.....

SUNGAI PETANI - “Saya bukan askar tapi saya tukang masak,“ demikian kata Askar Khan Shaik Mohaiyadeen, 40, atau lebih dikenali sebagai Soldier Khan semasa zaman sekolahnya.
Lelaki ini berkata, keluarganya sangat meminati bidang ketenteraan sehingga namanya diletakkan Askar Khan.
Menurutnya, setiap kali dia hadir ke setiap majlis, orang ramai sering menganggap dirinya bekas askar dan acap kali terpaksa menafikan pernah terlibat dalam ketenteraan.
"Sejak di bangku sekolah lagi, saya paling popular dalam kalangan rakan-rakan lain kerana nama itu.
“Bukan sahaja kawan sekolah yang paling seronok mempermainkan nama saya, malah guru Bahasa Inggeris sewaktu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Pegang, Baling pun gelar saya dengan nama Soldier Khan.
“Habis glamor satu sekolah gelar saya dengan nama itu,” katanya yang juga tukang masak dan pemilik Restoran Nasi Kandar Wanina di Jalan Seroja, Bandar Amanjaya, Sungai Petani.
Askar yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang masakan berkata, disebabkan namanya yang unik, rakan sekolah termasuk bekas guru masih mengenalinya sehingga kini.
“Pernah juga bila terserempak rakan sekolah dan guru di mana-mana, mereka masih kenali saya dengan nama sekali walaupun saya sendiri tak ingat nama mereka.
“Itulah kelebihannya mempunyai nama pelik tetapi dikenali sehingga hari ini,” katanya.
Askar berkata, tiada seorang pun ahli keluarganya terlibat dalam bidang ketenteraan malah kesemuanya mahir dalam bidang masakan dan mengusahakan perniagaan nasi kandar sejak turun-temurun.
Walau bagaimanapun, Askar tetap bangga dengan namanya itu dan tidak pernah menyesali dengan perkara itu.
"Mungkin sewaktu kedua ibu bapa saya mendaftarkan nama di pejabat pendaftaran, petugas tersilap eja nama saya dan kekal sehingga hari ini," katanya dengan nada gurau.
Isterinya, Rohimi A Hamid, 38, berkata, sejak berkahwin, dia tidak pernah berhadapan masalah biarpun nama suaminya agak unik.
“Ke mana sahaja saya dan suami pergi, termasuk bila buat urusan jabatan, ramai bertanya kepada saya pekerjaan suami dan adakala mengiakan sahaja suami saya adalah askar," katanya.
Hasil perkongsian hidup Askar bersama Rohimi, mereka dikurniakan empat orang puteri iaitu Nurul Syazwani, 18, Nurul Syazreena, 16, Nur Tasliema, 10, dan Nur Tasyiera, 5.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
loading...

0 Response to "(VIRAL) Nama Saja Askar Tapi....."

Post a Comment

Facebook

Advertising

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close