(VIRAL) Kekayaan Ajak Shiro Sampai Terkejut Tan Sri Noh Omar Panggil Dia 'ORANG KAYA' Low Profile Yang Penting Brooo...

loading...

Ajak Shiro Terkejut Tan Sri Noh Omar Panggil Dia 'Orang Kaya'

Ajak Shiro Terkejut Tan Sri Noh Omar Panggil Dia 'Orang Kaya'
Ajak Shiro terkejut apabila Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Haji Noh Omar memanggilnya 'Orang Kaya'.

Semuanya gara-gara watak ‘Usop Orang Kaya’ yang dibawanya ketika sketsa bertemakan peribahasa dan Karoot Komedia pada minggu ke lapan Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017).

Menurut Ajak, dia terserempak dengan ahli Parlimen Tanjong Karang itu di sebuah restoran di Shah Alam pada malam Ahad lalu.

"Saya dan isteri singgah di sebuah restoran dan secara kebetulan beliau sedang makan di tempat sama.

"Kami berbual dan tiba-tiba beliau memanggil saya dengan nama 'Orang Kaya Ajak'.

"Saya terkejut dan apabila melihat reaksi saya, beliau memberitahu baru lepas menonton persembahan Shiro di telefon bimbitnya.

"Apa yang buat saya terharu, apabila beliau memuji persembahan Shiro pada minggu lalu dan berkata mesej dibawa berjaya disampaikan dengan baik," katanya kepada Astro Gempak.


Ajak ditemui ketika sesi fotografi sebuah program komedi terbaru terbitan Astro di Seri Kembangan, pada petang Isnin.

Kata Ajak lagi, dia tidak menyangka seorang Menteri sempat meluangkan menonton program seperti MLM 2017.

"Saya ingat seorang Menteri itu 'serius' 24 jam. Saya terharu apabila beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada Shiro supaya sentiasa memberikan persembahan terbaik.

"Beliau turut berpesan supaya Shiro kekalkan persembahan dengan menyelitkan mesej positif dan menjadikan lawak sebagai medium untuk menyampaikan moral yang baik kepada orang ramai terutama generasi muda," ujar Ajak teruja.

 Minggu ke sembilan MLM 2017 Jumaat ini bertemakan parodi bakal menyaksikan lapan peserta menggabungkan dua buah filem yang dipilih mereka menerusi cabutan undi.

MLM 2017 menampilkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara dan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Sementara itu kerusi panas juri diisi oleh Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Datuk Aznil dan Neelofa.
loading...

0 Response to "(VIRAL) Kekayaan Ajak Shiro Sampai Terkejut Tan Sri Noh Omar Panggil Dia 'ORANG KAYA' Low Profile Yang Penting Brooo..."

Post a Comment

Facebook

Advertising

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close