loading...
Beauty and the fat guy. This is what I'm talking about ! Nailed it ! |
Mejah demam, so dia bagi peluang bagi Yaya menulis bagi
pihak dia. Okey lah tu. Sekurang-kurangnya, daripada korang duduk baca tulisan
seorang warga Adam sahaja, apakata cuba korang baca dari pandangan Yaya pula,
seorang wanita. Boleh dikatakan, Yaya
ni macam alter ego Mejah la. Chewah.
Siapa Yaya? Nama macam watak dalam cerita Boboboi ? Ha yelah
tu. Mejah tak kasi Yaya pecahkan rahsia. Tapi, yang penting, Yaya ni bukan awek
Mejah. Bukan ex Mejah. Yaya cuma kawan Mejah. Taklah rapat sangat. Cuma selalu
melakukan blog walking ke merata-rata dan pernah singgah di totallymejah – dan
pernah berbahas sakan dengan Mejah tentang isu-isu chauvinism.
Yaya- Bukan Gambar Sebenar. Hehehe~ |
Maaflah jika Yaya tak mampu berceloteh seperti Mejah, sebab Yaya
sendiri pun tak selalu berblog. Dulu rajin la. Kemudian, da stop da. Ade reason
Yaya sendiri untuk menarik diri dari arena blogging ni. So, bila Mejah cakap
dia demam, Yaya pun mensuggest kan diri Yaya untuk menulis untuk pihak Mejah. Melepas
rindu menulis blog.
Maybe Mejah tengah pening kowt. Tu pasal dia bagi Yaya buat
entri kali ni. Hehehe~
Enjoy !!
****************************************************************
Yaya Menulis: Gejala Beauty And The Beast / Handsome And The
Ugly dalam masyarakat Malaysia (Versi 2.0- Updated)
Gambar hiasan. Tiada sebarang komen. Ehem. |
Tak dinafikan, dari dulu sampai sekarang kita sering
disajikan oleh cerita cinta bertema diatas. Bagi Yaya bukan apa, kes-kes
sebegini memang berlaku di hadapan mata Yaya sendiri.
Yaya masih ingat,masa itu Yaya keluar bersama seorang kawan
di sebuah mall di ibu kota. Sedang Yaya dan kawan Yaya tu sedang syok window
shopping (sebab time tu dekat hujung bulan, so gaji tak masuk lagi), tiba-tiba adalah
seorang mamat yang menegur kawan Yaya.
Yaya hanya senyum kambing. Hanya ushar dia atas-bawah-atas
bawah . Tak kacak pun orangnya. Dressing nya pula biasa-biasa saja. Yaya ingat
yang awalnya si mamat tu nak mengurat kawan Yaya yang sorang ni- iyelah, kawan
Yaya ni kan cantik macam Yaya juga, tapi selepas mamat tu blah dari situ, kawan
Yaya beritahu Yaya yang si mamat tu sebenarnya tengah tunggu GF dia.
So , Yaya dengan kawan Yaya pun meneruskan lah program window
shopping kita orang tu dan selepas hampir 4 jam yang amat singkat tu, Yaya pun
rasa kering tekak dan nak merasa sedikit rangsangan kafien kepada otak Yaya.
Lalu, Yaya pun ajak la kawan Yaya tu turun minum Starbucks .
The Coffee experience- Yaya suka mocha !! Wohooo~ |
Tengah Yaya seronok sedut ice blended mocha Yaya tu,
tiba-tiba lalulah mamat yang tegur member Yaya tadi dengan GF dia. Wallawei~ GF
mamat tu cun gila. Kiok ! Kalau nak banding dengan Yaya sendiri la kan, nilai
10 orang Yaya yang cantik ni baru standing dengan minah yang sorang tu.
Yaya pandang betul-betul mamat yang jalan berpegangan dengan
minah tu, takut-takut tersalah orang ke apa kan, memang mata Yaya tak salah. In
fact, kawan Yaya pun mengesahkan yang mamat tu adalah kawan dia.
“Ha’a. Tu la si Azim tadi. Tak sangka pulak awek dia mantop
gila.” - kawan Yaya
Betul. Terkejut dinosaur la kami berdua sepanjang hari tu. Lupa
kedai mana yang ada banyak offer. Lupa segala kupon percuma. Lupa segala benda.
Buntu. Memikirkan beberapa perkara.
“Kenapa minah tu pilih mamat tak hensem jadi balak dia? ”
“Ada something wrong ke dengan otak si minah cun tu? ”
“Betul ke minah tu awek mamat tu? Bukan kazen ? Kakak?
Nenek? ”
Nasib baik Yaya ada BF. BF Yaya pun tak lah teruk sangat
(tak boleh cakap BF Yaya hensem, sebab dia selalu perasan dia jambu~Hehehe ).
Lagi hensem la dari mamat tu. Iyelah, logiknya. Jika minah cun macam tu sekali
pun, balak dia biasa-biasa saja, Yaya yang cantik biasa-biasa ni ,balak Yaya
mesti lagi kurang hensem dari mamat tu kan? Tapi BF Yaya hensem !! That’s why
bila Yaya fikir-fikir balik, tu Yaya sayang BF Yaya tu.
"You, kenapa awek yang lawa tu boyfriend dia tak handsome? Better awek tu pilih I, kan?" - Gambar hiasan. |
Infact, Mejah pun pernah cerita pada Yaya. Masa tu dia
keluar dengan ex dia. Then, tengah dia jalan-jalan dengan ex dia tu, ex dia ushar
satu dua pasangan orang kapel ni. Pastu ex dia tanya dia,
“You.. Balak tadi tu
handsome.. Tapi awek dia biasa-biasa je la..Kenapa ek?”
But,bagi Yaya, personally, nak je Yaya tanya soalan tu pada ex
Mejah tu.
“Awak. Awak nampak cantik. Apsal awak terima Mejah jadi BF
awak?”
Sebab.. Mejah tak hensem pun. <-- Sori Mejah. Hehehe~ <--- Yaya. Ex aku marah ko tulis part ni. Haha.
Tapi, Yaya pun tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab Yaya
tak pernah tengok ex Mejah tu depan-depan. Kalau setakat tengok gambar di FB
atau Tumblr tu,pernah la juga stalk. Tapi, semua itu boleh diedit. Boleh
diubah. Basic bagi perempuan nowadays. Kalau tak betul, tak lah Yaya beria-ia
mintak papa Yaya hantar Yaya ke kelas komputer semata-mata untuk belajar
mengedit gambar! Hehehe~
Okey. Sebelum Yaya terus mengarut , baik Yaya ikut format
totallymejah, SnS (Short n Simple).
- · Sejauh mana kebenarannya
Sape nak makwe dia ratu cantik? Hehehe~ |
Yang Yaya nak rumuskan, memang terdapat pasangan yang Beauty
and The Beast ni dalam masyarakat, tetapi tak semua macam tu. Ada saja pasangan yang sama-sama cantik dan
sama-sama buruk. Macam Yaya, sama cantik
dengan boyfriend Yaya tu. Hehehe~’
- Kenapa ia berlaku?
Mungkinkah kerana, yang tak handsome dan tak lawa itu menjanjikan masa depan yang lebih cerah? - Gambar hiasan. |
Kebanyakkan yang Yaya jumpa, yang tak berapa kisah pasal
rupa ni adalah pasangan yang dah banyak pengalaman dalam bercinta. Yang dah
pernah punya pasangan yang lawa / handsome tetapi di kecewakan oleh pasangan
mereka. Yang pernah ada boyfriend handsome tetapi mereka sengkek dan tak
berduit. Yang pernah ada girlfriend lawa tetapi kaki kikis mahupun jenis
playgirl. Atau mereka banyak termakan budi dari insan-insan yang rupa tak
seberapa itu.
Hal-hal macam inilah yang buatkan mereka tak kisah sangat tentang
rupa dalam memilih pasangan mereka. Rupa bukanlah faktor utama mereka memilih
pasangan,tetapi kualiti yang ada pada pasangan mereka, itu yang lebih mereka
pentingkan.
Kawan-kawan Yaya yang cantik-cantik pun ada yang ada suami
yang tak berapa handsome. Tapi, dia orang hidup bahagia sebab cik abam dia tu orang
semua jenis yang ada duit punya orang. Ingat-ingat balik, masa dia orang
belajar sama dengan Yaya di university dulu, boyfriend masing-masing semua
jenis yang tak nak kalah tahap handsomenya. But, when it comes to marriage,
mereka cari yang dapat jamin kehidupan mereka dan kehidupan anak-anak mereka di
masa hadapan.
Jessica Alba pun, kalau di buang kulitnya, rupa dalam dia sama saja macam Yaya yang dibuang kulit muka ! Ouch ! |
Mereka kembali pada basic : Beauty is only a skin deep and doesn’t
last forever.
Sebab itu, mereka tak kisah suami/isteri mereka tak sekufu
dengan mereka dari segi rupa, asalkan hidup mereka tenang,senang dan masa depan
mereka cerah.
Antara reason lain adalah, mereka jatuh cinta bukan sebab
rupa. Tapi personality pasangan mereka. Yang Yaya tahu, kebanyakkan lelaki yang
tak kacak di luar sana amat hebat dalam bab-bab mengayat awek ni. Sweetalker
bak kata orang. Skill power. So, budak-budak perempuan yang comel dan innocent
akan mudah terpedaya dengan mereka-mereka yang macam ini.
And sometimes, bagi lelaki, kalau perempuan tu ada bakat
special, mereka akan suka. Hal ini termasuklah bakat dalam bersukan eg: futsal
/ basketball, skill yang tahap gaban
dalam bermain gitar, pandai dalam bab-bab komputer, tahu segala benda berkaitan
bola sepak atau sekadar mempunyai bakat yang melampau-lampau terer nya dalam
bidang masakan. Get it?
Anzalna atau Neelofa? Yaya suka Anzalna. Mejah pilih Neelofa. Anda bagaimana? |
Then,again. Another good reason is because, lain orang ,
lain taste. Macam mat salleh selalu cakap tu, “beauty is in the eyes of the
beholder”. Senang cakap, maybe minah/ balak tu sangat lawa di mata seseorang,but di
mata orang lain, tak lawa sangat, or worse, tak lawa langsung. Contohnya, si
Mejah ni suka sangat Cik Neelofa tu, kononnya cun hot abes la bagi dia, but
bagi Yaya, Siti Saleha lagi lawa. Or Anzalna ke, kan? Cik Neelofa kamu tu tak
lawa, la Mejah ! <--- Yaya, Neelofa lagi lawa , la!
- Conclusion
Natijahnya, sindrom beauty and the beast ni memang ada dalam
masyarakat Malaysia. Tapi, selagi mereka saling bahagia berdua, tak perlu la
kita nak sakit hati. Kalau ternampak minah cun jalan-jalan berkepit dengan boyfriend
dia yang tak berapa nak handsome tu, biarkan sajalah. Tak perlu tanya diri
sendiri, adakah si minah tu buta atau rabun jauh kerana memilih mamat tu
sebagai pacar dia.Tak perlu sakit hati dan bertanya, kenapa mamat handsome tu
pilih minah yang tak lawa tu sebagai girlfriend dia dan bukan anda yang jauh
lagi cun dan lawa? Hentikanlah .
loading...
0 Response to "(VIRAL) Awek Cantik Si Lelaki Huduh..Ini Yang Masyarakat Kita Banyak Pertikaikan..Korang Tengok Apa Kata Perempuan Ini Tentang Isu Ini...DEEP!!!!"
Post a Comment