loading...
Tarikh 25 Mei lalu melakar satu lagi
sejarah dalam karier pelakon, pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak
apabila diumumkan pelumba selebriti rasmi pasukan Mayhem Motorsports dengan kerjasama Prince Lubricants.
Selain Zizan, seorang lagi selebriti yang terpilih ialah pelakon Faye Kusairi.
Dua selebriti ini akan berlumba sempena Malaysian Speed Festival 2016
anjuran Ignition.my di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mulai bulan ini
hingga November depan.
Zizan, 32, sudah lama menyimpan impian
bergelar pelumba kereta profesional. Bersandarkan bakat dan minat yang
mendalam dalam dunia sukan permotoran, anak jati Terengganu ini yakin
impiannya itu berjaya direalisasikan dengan bimbingan jurulatih
profesional.
Selain berkongsi impian menjadi pelumba
kereta yang berjaya, Zizan turut berkongsi perkembangan karier seni
termasuk mengulas dakwaan dirinya yang dianggap sudah tidak relevan
dalam bidang hiburan tanah air.
Ada dakwaan mengatakan populariti anda sudah merudum ketika ini?
ZIZAN: Saya tidak pernah melihat
populariti sebagai fokus utama dalam karier sebagai selebriti.
Populariti datang dan pergi malah tidak kekal dengan kehadiran ramai
bakat baru.
Sebaliknya, saya percaya apa yang
dikecapi hari ini adalah rezeki daripada Allah SWT. Apa yang penting,
keikhlasan dan kemampuan saya untuk terus berkarya dan menghiburkan peminat.
Nama anda turut dihimpit pelbagai
kontroversi sejak kebelakangan ini hingga ada pihak yang mendakwa anda
seolah-olah sudah tidak relevan dalam bidang seni tanah air?
ZIZAN: Sebagai selebriti, saya
memang tidak boleh mengawal kontroversi yang melanda kerana ia asam
garam dalam bidang seni. Apa-apa pun, saya juga tidak mahu melihat
perkara itu terlalu serius. Saya percaya, apa pun yang berlaku, keluarga
lebih kenal siapa diri ini dan sentiasa menyokong dari belakang.
Selepas bergelar pelumba kereta, mungkinkan anda akan meninggalkan bidang hiburan tanah air?
ZIZAN: Saya tidak akan meninggalkan
bidang seni kerana ia periuk nasi sejak dulu. Bergelar pelumba kereta
impian sejak kecil dan saya bukannya tamak merebut peluang yang datang
sebaliknya ia rezeki. Saya juga ingin memastikan kerjaya dalam bidang
seni dan perlumbaan kereta juga bergerak seiringan.
Sukan permotoran juga berbahaya dan berisiko tinggi. Komen anda?
ZIZAN: Saya sedar kerjaya pelumba
kereta memang berbahaya dan berisiko tinggi. Justeru, saya juga serius
untuk mengikuti segala kemahiran yang sudah ditetapkan dalam sukan
permotoran ini. Selain memiliki lesen, saya juga perlu mengetahui segala
kelengkapan yang diperlukan pelumba kereta.
Saya juga banyak mendapat bimbingan
ketua pasukan Mayhem Motorsports yang juga pelumba kereta terkenal,
Keifli Othman serta jurulatih pasukan.
Sebagai selebriti dan idola kepada
golongan muda, adakah anda berharap lebih ramai golongan muda menyertai
sukan permotoran ini pada masa depan?
ZIZAN: Saya sangat berharap
pemilihan saya dan Faye Kusairi akan menjadi inspirasi kepada golongan
muda untuk membabitkan diri dalam sukan ini. Sukan permotoran ini
aktiviti sihat untuk diceburi golongan muda daripada terjebak dengan
gejala sosial yang tidak baik.
Adakah anda sudah bersedia untuk perlumbaan di SIC nanti?
ZIZAN: Saya sudah bersedia untuk
menghadapi perlumbaan pertama pada awal bulan ini dengan bimbingan
Keifli. Sempena perlumbaan itu, saya akan memandu kereta Honda Integra
DC5 dalam acara Race Car Open yang juga kategori terbuka. Saya juga akan
berlumba dengan kereta berkuasa kuda tinggi dan turbo. Sasaran saya
adalah untuk menghabiskan perlumbaan dan bonus jika mampu menduduki
senarai 10 terbaik.
Boleh ceritakan mengenai pembabitan awal anda dalam sukan lumba kereta ini?
ZIZAN: Saya sudah lama mahu menjadi
pelumba kereta profesional tetapi terpaksa menangguhkan hasrat itu
kerana kekangan waktu dan fokus kepada karier seni terlebih dulu.
Namun, saya nekad menceburi sukan
ini dan mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan tahun lalu. Kini,
ia bukan sekadar hobi, sebaliknya saya serius untuk bergelar pelumba
kereta profesional serta giat mempelajari semua teknik pemanduan di
litar dengan bimbingan jurulatih profesional.
loading...
0 Response to "(VIRAL) Taniahh!!! ZIZAN RAZAK..SEKARANG DAH DISAHKAN MENJADI SEORANG PELUMBA PASUKAN MAYHEN MOTORSPORTS..TENGOK CARA DIA HANDLE KERETA.."
Post a Comment