(VIRAL) Saya Muntah-muntah Ingatkan Mengandung Rupa-rupanyaa....-Ifa Raziah..

loading...

Saya Muntah-Muntah Ingatkan Mengandung - Ifa Raziah

Saya Muntah-Muntah Ingatkan Mengandung - Ifa Raziah
Penyanyi, Ifa Raziah akui keadaannya kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan merawat luka dalam perutnya akibat masalah asid refluks, baru-baru ini.

Berkongsi kisah sebelum dibedah, Ifa Raziah memberitahu dia mengalami simptom seperti sakit perut dan muntah-muntah.

“Sebelum itu,saya sering muntah-muntah selepas makan atau minum. Pada mulanya, saya ingat mengandung tetapi selepas berjumpa doktor, rupanya saya mempunyai asid refluks berlebihan.

"Sekarang Alhamdulilah, saya sudah semakin pulih. Cuma saya perlu menjaga pemakanan saya terutama makan mengikut waktu yang betul serta elak makanan yang pedas," katanya kepada Astro Gempak.

Selain masalah asid refluks yang berlebihan di perut, Ifa memberitahu doktor turut mengesan hatinya bengkak dan fibroid sebesar empat sentimeter dalam rahim.

"Tidak sangka selepas doktor membuat pemeriksaan endoskopi, dia jumpa dengan beberapa masalah lain di dalam perut saya.

"Selepas pembedahan itu, saya turut bercuti kerana perlu berpantang seperti orang selepas bersalin.

"Namun saya bersyukur kini kesihatan saya semakin baik," katanya lagi
loading...

0 Response to "(VIRAL) Saya Muntah-muntah Ingatkan Mengandung Rupa-rupanyaa....-Ifa Raziah.."

Post a Comment

Facebook

Advertising

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close