loading...
Misteri Mayat Diatas Kubah Masjid Nabawi
Qubbatul Khadhra '(kubah hijau) yang terlihat megah di Masjid Nabawi berfungsi menaungi kubur jasad Rasulullah SAW yang mulia didampingi kedua-dua sahabatnya sekaligus mertuanya iaitu Abu Bakar Siddiq ra, dan Umar bin Khattab ra. Tempat tersebut dahulunya adalah rumah baginda Rasul SAW kerana setiap Rasul yang diutus oleh Allah SWT dikuburkan di mana dia meninggal dunia. Sebagaimana sabda Nabi saw: Tidak dicabut nyawa seorang Nabi melainkan dikebumikan di mana dia meninggal dunia. (HR. Ibnu Majah)
Sejarah
bercerita, ketika Nabi sampai di Madinah, pertama sekali dilakukan Nabi
Muhammad saw adalah membangun Masjid Nabawi dengan membeli tanah dengan
harga 10 dinar kepunyaan dua orang anak yatim Sahl dan Suhail berukuran
3 x 30 m.
Bangunan
yang sederhana itu hanya berdindingkan tanah yang kering, bertiangkan
pohon kurma dan beratapkan pelepah kurma. Sebelah Timur bangunan Masjid
Nabawi dibina rumah Nabi saw, dan sebelah Barat dibina bilik untuk
orang-orang miskin dari kaum Muhajirin yang pada akhirnya tempat itu
dikenali dengan tempat ahli Suffah (kerana mereka tidur berbantalkan
pelana kuda).
Baru
pada tahun ke-7 H, Nabi mengadakan perluasan Masjid Nabawi ke arah
Timur, Barat, dan Utara sehingga berbentuk bujursangkar 45 x 45 m dengan
luas mencapai 2.025 m2 dan program jangka panjang untuk memperluaskan
Masjid Nabawi seperti yang kita lihat sekarang ini diisyaratkan oleh
Nabi saw dengan sabdanya menjelang wafat: "Selayaknya kita memperluaskan
masjid ini".
Hingga
pada tahun ke-17 H, Amirul Mukminin Umar bin Khattab khalifah kedua,
memperluaskan ke arah Selatan dan Barat masing-masing 5 m dan ke Utara
15 m, dan dilanjutkan oleh Usman bin Affan khalifah ketiga memperluaskan
ke arah Selatan, Utara dan Barat masing -masing 5 m pada tahun ke-29 H.
Akhirnya
pada masa Khalifah Bani Umayyah Al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 88
H, memperluaskan ke semua sisi Masjid Nabawi termasuk ke arah Timur
(rumah Nabi) dan bilik-bilik isteri Nabi (hujurat) sehingga makam Nabi
Muhammad SAW, Abu Bakar Siddiq, dan Umar bin Khattab termasuk bahagian
dari masjid dan berada di dalam masjid yang sebelumnya berasingan dari
masjid.
Inilah
yang menjadi pembahasan para ulama dan fuqaha di dalam Fikih Islam,
iaitu mendirikan bagunan seperti rumah kubah, madrasah, dan masjid di
atas kubur. Kerana Nabi saw bersabda: Allah mengutuk umat Yahudi dan
Nasrani yang membuat kuburan para nabi mereka menjadi masjid-masjid
(tempat ibadat). (HR. Bukhari Muslim)
Hadis
di atas difahami oleh sebahagian ulama terutama di kalangan pengikut
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (Th. 1115 H / 1703 M di Masjid Saudi
Arabia, dan aliran ini disebut oleh para rivalnya sebagai aliran
Wahabiyah, dan di Indonesia dengan aliran Salafi). Secara umum, tidak
boleh melakukan aktiviti ibadah di atas kubur, berdoa menghadap kubur,
dan membina kubah di atas kubur.
Terakhir
ada seorang manusia yang memanjat kubah hijau Masjid Nabawi untuk
dihancurkan, lalu disambar petir secara tiba-tiba dan mati. Mayatnya
melekat pada kubah hijau tersebut dan tidak boleh diturunkan sampai
sekarang. Syekh Zubaidy, ahli sejarah Madinah menceritakan ada seorang
soleh di kota Madinah bermimpi, dan terdengar suara yang mengatakan
"Tidak ada satu orang pun yang dapat menurunkan mayat tersebut, agar
orang yang belakangan hari dapat mengambil, iktibar".
Hingga
sekarang mayat tersebut masih ada dan dapat disaksikan secara langsung
dengan mata kepala. Bagi yang tidak dapat berkunjung ke sana boleh
mengakses internet google "Ada Mayat di atas Kubah Masjid Nabawi".
Pelajaran
yang dapat diambil dari kisah ini, terlepas dari kebenarannya, bahawa
kembali kepada tauhid yang murni seperti zaman Rasulullah SAW adalah
tujuan dari dakwah Islam dan misi para Rasul dan umat Islam mesti
menerimanya, jika tidak mahu menjadi orang musyrik. Akan tetapi
penyelenggaraan nilai sejarah dan para pelaku sejarah juga penting,
kerana Allah berfirman: Sesungguhnya di dalam sejarah mereka terdapat
pelajaran bagi orang-orang yang berakal. (Yusuf: 111).
Akhirnya
jika pelaku sejarah tidak boleh dikenang, tidak dimuliakan, tidak
dihormati, kuburannya diratakan, bagaimana kita mengambil pelajaran dari
sejarah tersebut? Adapun maksud Nabi saw Allah mengutuk Yahudi dan
Nasrani menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, adalah menyembah kubur.
Semoga kita dapat pelajaran. Wallahua'lam
loading...
0 Response to "(VIRAL) Hari Ini Kita BONGKAR KISAH Misteri Mayat Diatas Kubah Masjid Nabawi..Jangan Lupa Baca.."
Post a Comment