(VIRAL) Penat Lelah Ibu Membesarkan Kau Ini Kau Balas Jasanyaaa..Mashaallah!!! Seorang Anak Yang Berang Telah Menumbuk Ibunya Kerana Tangguhkan Hari Perkahwinan..APA DAH JADI?

loading...

Ibu koma selepas ditumbuk anak

KEMAMAN 26 Okt. - Seorang anak yang berang kerana ibunya lambat mengatur perkahwinannya pada 6 November ini bertindak menumbuk ibunya sehingga rebah.
Tambah malang, kepala wanita berusia 45 tahun itu terhantuk ke bucu meja dan tersembam ke lantai mengakibatkannya koma.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Mak Cili Paya dekat sini, pukul 1.15 petang Ahad lalu, semasa mereka berbincang persiapan perkahwinan pemuda berusia 25 tahun itu.
Ketua Polis daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat memberitahu, anak kandung mangsa yang bakal mendirikan rumah tangga itu bertugas sebagai Juruteknik Petronas di Kerteh.
"Anak mangsa dikatakan mempersoalkan kelewatan persiapan perkahwinannya sehingga akhirnya tercetus pertengkaran.
"Lelaki itu tiba-tiba naik angin lalu menumbuk muka ibunya menyebabkan mangsa rebah dan dahinya pula terkena bucu meja," ujarnya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, salah seorang anak saudara mangsa yang kebetulan berada di rumah itu membawa wanita itu ke Hospital Kemaman untuk mendapat rawatan.
"Pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak hospital mendapati perempuan itu mengalami patah tulang kening sebelah kiri dan keadaannya sehingga hari ini masih lagi koma," katanya.
Menurut beliau, pihak Hospital Kemaman merujuk kes itu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk pemeriksaan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Kemaman semula.
Abdullah berkata, suspek yang merupakan anak ketiga dari tujuh adik beradik menumbuk ibunya selepas tidak berpuas hati dengan jawapan wanita itu mengenai persiapan perkahwinannya.
Menurutnya, pihak hospital mengemukakan laporan kes itu kepada pihak polis dan anak mangsa hari ini menyerah diri di ibu Pejabat Polis Kemaman.
"Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun," ujar beliau.

loading...

0 Response to "(VIRAL) Penat Lelah Ibu Membesarkan Kau Ini Kau Balas Jasanyaaa..Mashaallah!!! Seorang Anak Yang Berang Telah Menumbuk Ibunya Kerana Tangguhkan Hari Perkahwinan..APA DAH JADI?"

Post a Comment

Facebook

Advertising

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close