loading...
KISAH VIRAL SUAMI BARU KAHWIN 6 MINGGU CURANG: SAYA TAK NAMPAK DIA DALAM ISTIKHARAH TAPI KELUARGANYA PAKSA SAYA
Berikutan satu kisah perkahwinan 6 minggu yang berakhir dengan kekecewaan setelah si suami curang menjadi viral hari ini, kini seoarang individu kononnya pihak lelaki pula tampil menceritakan kisah di sebelahnya
Menggunakan
akaun instagram @hidayatkamarr, dia tampil memulakan kisahnya dengan
ayat “Kepada bekas isteri saya, @electrictomato”.
Di
dalam posting instagram itu, hidayatkamarr mengucapkan ‘tahniah’ kepada
bekas isterinya itu kerana berjaya menyebarkan cerita di pihaknya dan
menyebabkan orang ramai memandang buruk terhadap dia dan seorang lagi
perempuan yang terlibat.
Selain
itu, hidayatkamarr juga turut menyatakan cerita yang diceritakan itu
sangat berjaya sehingga wanita itu mendapat ugutan di sekolah.
Di
ruangan komen, pengguna instagram _adiekamal_ mempersoalkan kenapa
hidayatkamarr masih berkahwin dengan bekas isterinya itu, hidayatkamarr
menjawab ia disebabkan oleh keluarga di pihak bekas isterinya.
“Cubalah(larikan
diri) apabila telah dipaksa oleh keluarganya. Apabila saya melakukan
solat dan saya memberitahu ibubapanya dia bukan yang saya nampak. Dan
mereka masih mahu perkahwinan itu diteruskan. Cuba beritahu apa yang
patut dilakukan”, tulisnya.
Oleh
kerana kami sudah menyiarkan kisah di sebelah bekas isterinya, rasaya
perlu bagi kami untuk memaparkan kisah di sebelah lelaki pula supaya
adil. Baca dan anda nilai sendiri.
loading...
0 Response to "(VIRAL) KISAH VIRAL SUAMI BARU KAHWIN 6 MINGGU CURANG: SAYA TAK NAMPAK DIA DALAM ISTIKHARAH TAPI KELUARGANYA PAKSA SAYA"
Post a Comment