Video: Saat Mendebarkan Bayi Yang Tidak Diawasi Merangkak Dilanggar Kereta Mengundur..Amat Menyedihkan,Sengaja Atau Kebetulan? Doakan Yang Terbaik...Share Supaya Menjadi Pengajran Kerana Kelalaian Ini..

loading...

Bahaya boleh datang bila-bila masa, lebih-lebih lagi ketika kita lalai dan leka. Terutamanya ketika menjaga anak-anak, tidak kira di mana mereka sentiasa perlukan pengawasan dari ibu bapa.
Jangan pernah tinggalkan anak anda tanpa diawasi! Apatah lagi yang masih bayi dan masih belum pandai berjalan atau berlari.

Video bayi dilanggar kereta yang mengundur di dalam garaj rumah ini pasti membuatkan anda rasa berdebar. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Brazil pada tahun 2014 namun menjadi viral baru-baru ini selepas dimuat naik oleh NTD Television.

Melalui rakaman CCTV berdurasi 55 saat itu, kelibat seorang gadis boleh dilihat menuju ke arah kereta sementara pagar elektronik garaj itu dibuka sebelum tiba-tiba seorang bayi muncul dan merangkak menuju ke luar.
Bayi itu yang berumur kurang daripada satu tahun bagaimanapun tidak diawasi oleh sesiapa, dan terus merangkak sehingga ke bahagian belakang kereta. Ketika bayi itu sudah menghampiri pagar, pemandu kereta mengundurkan kenderaan tersebut tanpa menyedari bayi berkenaan berada di belakang.

Selepas terlanggar bayi berkenaan, wanita yang memandu kereta itu berhenti dan keluar dari kereta bersama dengan lelaki yang duduk di bahagian tempat duduk penumpang. Beberapa jiran kemudian dilihat menghampiri kereta itu untuk memeriksa keadaan bayi berkenaan.
Dalam keadaan berdebar dan terkejut, mereka berdua memeriksa bahagian bawah kereta dan semua jiran yang berada di situ turut membantu memeriksa.


Tidak lama kemudian, beberapa orang dilihat muncul dari pintu rumah dan lelaki berkenaan berjaya menarik keluar bayi itu yang dilaporkan mengelami kecederaan ringan. et


Hubungan antara bayi, pemandu serta beberapa orang yang muncul di saat akhir video itu tidak dapat dikenal pasti. Ada yang mengatakan dua individu di dalam kereta itu adalah ibu bapa kepada bayi berkenaan tetapi tidak mungkin mereka melepaskan dan membiarkan anak mereka tanpa pengawasan di dalam garaj kan?
Apa apa pun, sebagai ibu bapa atau penjaga pastikan anak sekecil itu diawasi setiap masa dan sebagai pemandu pula, pastikan keadaan sekeliling selamat sebelum memulakan pemanduan.
Tonton video mendebarkan itu di bawah:
loading...

0 Response to "Video: Saat Mendebarkan Bayi Yang Tidak Diawasi Merangkak Dilanggar Kereta Mengundur..Amat Menyedihkan,Sengaja Atau Kebetulan? Doakan Yang Terbaik...Share Supaya Menjadi Pengajran Kerana Kelalaian Ini.."

Post a Comment

Facebook

Advertising

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close