(VIRAL) Angin Sejuk Landa Sabah, Puncak Kinabalu Diselaputi Salji

loading...
Cuaca sejuk yang sedang melanda negeri Sabah ketika ini adalah berpunca dari tiupan angin sejuk bertekanan tinggi dari Siberia merentasi negara rantau Asia Tenggara.


kinabalu

Beberapa daerah mencatatkan suhu sejuk antara 15 hingga 21 darjah selsius di antara jam 5 hingga 7 pagi pada pagi rabu.

Menurut Pengarah Metereologi Sabah, Azemi Daud, cuaca pada Februari adalah bulan yang paling sejuk di Malaysia ekoran Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada Mac 2017.

Daerah Ranau mencatatkan suhu cuaca paling rendah iaitu 15 darjah selsius, diikuti Keningau 16 darjah selsius, Kudat 20 darjah selsius, manakala Kota Kinabalu dengan suhu 21 darjah selsius pada Rabu.

Selain itu, faktor kedudukan geografi dan fenomena lain seperti fenomena penyejukan cuaca bumi biasa pada tahap maksimum berlaku semasa cuaca baik atau kurangnya awan terbentuk pada waktu malam menyumbang kepada keadaan ini.

Gunung Kinabalu diselaputi salji

kinabalu

Laban Rata di puncak Gunung Kinabalu dilaporkan diselaputi frost atau embun beku, menjadikan cuaca kawasan sekitarnya seperti bersalji.

Fenomena cuaca sejuk seperti ini dilaporkan belum pernah direkodkan sebelum ini dan dilaporkan masih kelihatan pada awal pagi rabu.

Difahamkan, suhu cuaca di Laban Rata mencecah 0 darjah Celcius pada awal pagi sebelum meningkat kepada 15 dan 16 Celcius menjelang tengah hari.

“Kolam menjadi ais, embun yang menitis juga terus membeku hingga kelihatan seperti salji,” kata penunjuk arah atau dikenali sebagai ‘Malim Gunung’, Nais Momin.

kinabalu

Menceritakan keadaan cuaca sejuk luar biasa di puncak Gunung Kinabalu, Nais berkata, beliau menyedari keadaan itu ketika membawa pendaki ke puncak gunung pada 15 Januari lalu.

“Ini kali pertama saya lihat keadaan seperti itu sepanjang enam tahun menjadi malim di puncak tertinggi Asia Tenggara.

Laluan bertangga di kawasan puncak turut diseliputi ais. Laluan pendaki menjadi licin.

“Cuaca ketika itu redup, bergerimis dan sejuknya menusuk ke tulang. Air menjadi ais dengan ketebalan antara setengah hingga lebih satu sentimeter.

Air Putih seperti kapas, suhu bawah paras beku

kinabalu

“Air yang menitis kelihatan putih seperti salji, tetapi apabila jatuh atas batu ia hilang.

Ada pendaki menyangka ia salji, tetapi saya berpendapat sebaliknya kerana salji bila jatuh ke bumi, ia kelihatan putih seperti kapas,” katanya ditemui.

Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Suhaji Sumail, berkata pembekuan air kolam di puncak gunung jarang terjadi dan kali terakhir pernah diceritakan, berlaku lebih 30 tahun lalu.

kinabalu

“Ais biasa ditemui di puncak gunung, terutama pada musim kemarau, tetapi nipis dan cair apabila disentuh. Kali ini, ais ditemui tebal dan berlaku pada musim hujan.

“Saya percaya ia disebabkan cuaca sejuk yang dibawa angin kencang di kawasan puncak gunung,” katanya.

Kakitangan Taman-Taman Sabah, Jenny Jane, berkata catatan suhu dicatat di puncak Gunung Kinabalu, jatuh hingga negatif dua darjah Celsius sejak pertengahan bulan ini, berbanding empat hingga lapan darjah Celsius sebelumnya.

Katanya, pemantauan pihaknya mendapati suhu cuaca di bawah paras beku dicatat dua atau tiga hari sebelum meningkat kepada sifar hingga tiga darjah Celsius, sejak seminggu lalu.

kinabalu

“Memang cuaca  kali ini lebih sejuk disebabkan hujan berpanjangan seminggu lalu sehingga ada jadual pendakian ke puncak dibatalkan,” katanya. -suarasabah

Pukulan Angin Monsun Dan Penjelasan Cuaca Sejuk Angin Siberia

Cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua rejim monsun iaitu Monsun Barat Daya dari akhir bulan Mei ke September dan Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac.

Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak, manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih kering. Tempoh peralihan antara dua monsun ini dikenali sebagai musim perantaraan monsun.

Perkataan "monsun" berasal daripada perkataan Arab "muasim" yang bermaksud musim.

Pedagang-pedagang kuno yang berulang-alik melalui Lautan India dan Laut Arab menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem angin yang silih berganti yang bertiup mantap dari arah timur laut semasa musim sejuk di hemisfera utara dan dari arah berlawanan iaitu angin barat daya semasa musim panas di hemisfera utara.

Monsun berlaku disebabkan oleh perbezaan suhu di antara daratan dan lautan hasil daripada pemanasan sinaran matahari.

Semasa musim sejuk, kawasan daratan benua menyejuk dengan lebih cepat dan menyebabkan suhu yang amat rendah di Asia Tengah.

Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi (antisiklon) yang sangat kuat di Siberia.

Akibatnya, udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin barat-laut dan seterusnya bertukar menjadi angin timur-laut apabila tiba di perairan pantai China sebelum menuju Asia Tenggara.

Dari masa ke semasa, ledakan keluar udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah atau siklon yang terbentuk berhampiran Khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga di pantai barat Sarawak.

Pada musim panas, pemanasan suria yang kuat meningkatkan suhu di kawasan daratan Asia. Semasa udara panas mengembang naik, kawasan tekanan rendah separa tetap terbentuk.

Angin lengas tenggara yang berasal dari selatan Lautan Hindi dan rantau Indonesia-Australia bertukar menjadi angin barat-daya apabila melepasi Khatulistiwa.

Angin ini seterusnya bergerak merentasi Asia Tenggara sebelum menumpu ke arah Indochina, China dan barat-laut Pasifik.

Kebiasaannya, deruan angin sejuk dari Siberia mengambil masa tiga hingga empat hari sebelum kembali seperti biasa.

Deruan angin sejuk ini umpama bom, jika bom meletup, ia mengambil tempoh tertentu untuk merasai kesannya. Begitu juga dengan deruan angin sejuk ini. Apa yang dirasai penduduk di negara itu hanyalah bersifat sementara. -met

loading...

0 Response to "(VIRAL) Angin Sejuk Landa Sabah, Puncak Kinabalu Diselaputi Salji "

Post a Comment

Facebook

Advertising

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close