loading...
Ibu Dan Anak Dirogol Lelaki Tidak Dikenali, Seorang Maut
Mayat
seorang perempuan yang merupakan guru wanita ditemui dalam keadaan
mengerikan dipercayai di rompak,dirogol sebelum dibunuh dengan kejam.
Trinni
Mamahit 54 tahun merupakan guru sekolah menengah di Manado desa Teleti
ditemui di dalam biliknya terlentang dengan keadaan bogel .
Sementara
anaknya yang merupakan seorang penuntut kolej yang dikenali sebagai
Mawar 19 tahun juga ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan
kesan tikaman dibahagian punggung,dan juga luka dikepala disyaki dipukul
menggunakan benda keras sebelum dirogol.
Info yang dimaklumkan kepada pemberita, kejadian ini berlaku pagi tadi kira-kira jam 4 pagi menjelang subuh.
Menurut
hasil siasatan awal di tempat kejadian telah berlaku pergelutan antara
mangsa Mawar dengan suspek memandangkan terdapat bekas pergelutan.
Mawar
yang kini di rawat di hospital menceritakan kejadian, katanya dia
didatangi seorang lelaki tidak dikenali melalui tingkap biliknya.
Ketika dia mejerit meminta tolong kepala dan wajahnya dipukul dengan benda keras dan suspek terus merogolnya.
Dalam kejadian itu mawar sempat melawan namun suspek menikam punggung Mawar sehingga jatuh pengsan.
Disyaki
bahawa selepas suspek puas merogol Mawar ,suspek berpindah ke bilik
Trinni Mamahit yang tidur lena. Dipercayai suspek melanjutkan aksinya
dengan menganiaya mangsa terlebih dahulu sebelum merogol dan kemudian
membunuh Trinni Mamahit.
Manakala
pihak polis Manado yang dimaklumkan mengenai kejadian terus berada di
lokasi kejadian dan menjalankan siasatan. sementara itu pihaknya cuba
untuk meminta keterangan mangsa yang selamat untuk mengingati ciri-ciri
suspek tersebut.
Siasatan keatas
jenazah ibu Mawar dipercayai dibunuh dengan cara dicekik dan mulutnya di
sumbat dengan menggunakan kain, dibahagian leher guru wanita itu juga
terdapat kesan lebam.
loading...
0 Response to "(VIRAL) Ibu Dan Anak Dirogol Lelaki Tidak Dikenali, Seorang Maut"
Post a Comment