(VIRAL) Bahaya Lipstik Tiruan Berjenama Terkenal Tapi Murah!

loading...

Bahaya Lipstik Tiruan Berjenama Terkenal Tapi Murah!

Lipstik dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Namun, kita perlu berhati-hati supaya tidak tertipu ketika membelinya. Bahaya lipstik  tiruan mahupun produk kecantikan palsu memang menakutkan!

Tambahan pula sekarang ini terlalu banyak bahan berbahaya yang terkandung dalam lipstik. Biasanya lipstik tiruan menggunakan kandungan bahan kimia berbahaya.

Lipstik tiruan selalunya juga memakai jenama produk yang cukup popular dengan harga yang jauh lebih murah sehingga menarik minat orang ramai untuk membelinya.
Bahaya Lipstik Tiruan
Tidak dinafikan pemakaian lipstik mampu membuatkan penampilan kita menjadi lebih cantik dan berseri-seri.

Untuk tampil cantik memang memerlukan jenama kosmetik yang sesuai dengan selera dan keselesaan kita untuk memakainya.

Sungguhpun begitu, janganlah suka-suka memilih lipstik ‘asal boleh’ tanpa memikirkan akibat yang terpaksa kita tanggung apabila memakai lipstik tiruan ini.
Bahaya Lipstik Tiruan

Berikut beberapa bahaya lipstik tiruan yang patut kita ketahui dan ambil peduli:


  1. Bibir Jadi Hitam
Bahaya lipstik tiruan yang patut kita tahu, ia boleh membuatkan bibir kita jadi menghitam.

Perkara ini disebabkan adanya pengedapan pigmen warna pada lipstik sehingga bibir menjadi hitam.

Selain itu, lipstik yang terlalu kerap digunka, tanpa dibersihkan terlebih dahulu akan menyebabkan pigmen warna dari lipstik jadi terendap, dan pada akhirnya akan menjadi penyebab bibir menghitam.
Bahaya Lipstik Tiruan

  1. Kanser Kulit Bibir
Lipstik tiruan biasanya mengandungi kandungan merkuri. Kandungan yang berbahaya akan menyebabkan kerosakan pada kesihatan kulit bibir. Apatah lagi kandungan tersebut menyebabkan kanser kulit.
Bahaya Lipstik Tiruan

  1. Alergi Pada Bibir
Bahaya lipstik tiruan yang seterusnya adalah boleh menyebabkan alergi pada bibir.

Biasanya alergi ini akan muncul ketika kandungan pigmen dan bahan kimia lainnya tidak boleh diterima secara baik oleh sistem ketahanan tubuh. Perkara inilah yang boleh menimbulkan rasa gatal dan pecah-pecah pada kawasan bibir.
Bahaya Lipstik Tiruan

  1. Merosakkan Sistem Peranakan Wanita
Lipstik mempunyai kandungan retynil palmitate, kandungan inilah yang boleh mengakibatkan gangguan sistem peranakan wanita.
Jadi, belilah lipstik yang di dalamnya tidak terdapat kandungan retinyl palmitate ini, terutama untuk para ibu mengandung.
Bahaya Lipstik Tiruan

  1. Kulit Bibir Menggelupas Dan Kasar
Bahaya lipstik tiruan juga boleh menyebabkan bibir menjadi pecah-pecah, menggelupas dan kasar.

Perkara ini terjadi apabila kita terlalu kerap memakai lipstik dan tidak memperhatikan kandungan bahan kimia dari lipstik yang mungkin berbahaya bagi kesihatan kita seperti kandungan methyparaben.

Bahan ini terlalu banyak terdapat pada lipstik dan ia ternyata berbahaya kerana boleh meningkatkan risiko penggunanya terkena kanser, sama juga seperti kandungan merkuri.
Bahaya Lipstik Tiruan
Tip Membeli Kosmetik Kecantikan Yang Selamat
  • Untuk mengetahui mana lipstik yang palsu dan tulen, boleh menyemak nombor pendaftaran dari produk tersebut. Kita boleh menyemak di website rasminya.
  • Semak tarikh produk tersebut dikeluarkan serta tarikh luputnya.
  • Belilah produk kosmetik di pusat-pusat membeli belah atau kedai khasnya
  • Lihat pada kekemasan produk tersebut, apakah ada yang sudah rosak, terkoyak kotak dan sebagainya.
  • Selalulah membeli produk lipstik yang original dan berkualiti.
  • Perhatikan kandungan yang ada pada lipstik tersebut.
  • Jangan cepat terpengaruh dengan harga lipstik yang jauh lebih murah.

Itulah beberapa bahaya lipstik tiruan. Jangan sesekali terpesona untuk membeli produk kecantikan branded dengan harga yang tersangat murah, sedangkan ianya bukan original, sebaliknya fake!
loading...

0 Response to "(VIRAL) Bahaya Lipstik Tiruan Berjenama Terkenal Tapi Murah!"

Post a Comment

Facebook

Advertising

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close