loading...
Bomoh Paksa Bayi Umur 2 Hari Berjalan Untuk Pulihkan Demam Panas
Bomoh Paksa Bayi Umur Dua Hari Berjalan Untuk Pulihkan Demam Panas
Seorang bayi yang baru berumur dua hari dipaksa berjalan oleh seorang
bomoh dalam usaha menyembuhkan demam panas bayi tersebut, Isnin lepas.
Agensi berita tempatan, NDTV memberitahu, bayi tersebut yang menderita
demam panas sejak dilahirkan dibawa berjumpa seorang bomoh wanita
berusia 50-an di sebuah kampung.
Seorang saksi kemudian bertindak merakam ‘upacara’ tersebut dan memberikannya kepada pihak polis.
Kampung tersebut yang terletak di Marigaon kemudian diserbu polis dan menahan dua orang wanita dan bomoh tersebut.
Bayi tersebut kemudian dibawa ke hospital berhampiran.
Pegawai polis, Rakesh Kumar memberitahu bahawa upacara ‘bomoh mistik’
mempengaruhi orang ramai untuk tidak peduli keadaan bayi tersebut yang
baru lahir.
“Bayi tersebut memang demam panas, tapi sekarang sudah sihat. Kita
perlukan kempen tentang cara-cara penjagaan bayi baru lahir dan ibu baru
bersalin,” kata Rakesh lapor Sinar.
loading...
0 Response to "(VIRAL) Bomoh Paksa Bayi Umur 2 Hari Berjalan Untuk Pulihkan Demam Panas "
Post a Comment