(VIRAL) Gadis 'Chubby' Ini Dihina Selepas Membuat Pengakuan Mempunyai Teman Lelaki

loading...

Gadis 'Chubby' Ini Dihina Selepas Membuat Pengakuan Mempunyai Teman Lelaki

  • Kisahnya bermula begini. Perkenalkan, gadis ini namanya Arlina Arshad dan menggunakan nama di Instagram.

      • 099f
    • Arlina merupakan seorang Instagrammer tegar dengan bilangan followers lebih 16,000 dan merupakan seorang pelajar bidang perubatan di Australia.
      says.com
  • Arlina membuat pengakuan mempunyai teman lelaki bernama Hasif setelah menerima banyak komen mengatakan mereka mempunyai wajah yang seiras

    • Orang kata, muka seiras jodohnya kuat. Mungkin sebab itu, Arlina membuat pengakuan tersebut.
      says.com
      • 014e
  • Tapi tidak berapa lama kemudian, akhirnya Arlina memohon maaf atas pengakuan palsu tersebut sedangkan dia dan Hasif cuma berkawan baik, tak lebih dari itu

      • 6d15
    • Berdasarkan pemerhatian kami, berkemungkinan besar Hasif adalah kawan baik dan kawan lama kepada Arlina kerana terdapat banyak gambar Hasif dalam akaun Instagram gadis comel itu. Jadi mungkin kerana itu jika dia tak kisah bila Arlina membuat pengakuan tersebut.
      says.com
  • Kisah Arlina ini menjadi sebutan apabila dia kongsikan respon menyedihkan yang diterimanya sepanjang berlakon menjadi kekasih lelaki itu di Instagram

    • Arlina menerima pelbagai persoalan tentang fizikalnya dan hubungan beliau dengan Hasif. Ada yang bertanya bagaimana orang sepertinya boleh ada kekasih. Tak kurang juga yang melampau bertanyakan jika Hasif malu ada kekasih gemuk.

      Tak kurang juga yang bertanya apa yang Arlina buat untuk pastikan Hasif kekal bersamanya. Dan ada yang menjadikan Arlina seperti 'benchmark' - jika perempuan segemuk Arlina boleh ada boyfriend, mengapa dia tidak?
      • Fd63
      • 5970
  • Kami setuju dengan pendapat Arlina yang tak kisahlah rupa paras anda bagaimana, anda layak dicintai dan menyintai sesiapa pun dalam dunia ini

      • F39c
        Kalau mereka bercinta betul-betul pun, apa salahnya?
    • "Kenapa sesetengah manusia perlu kaitkan paras rupa dengan cinta? Cinta ni milik manusia yang sempurna saja ke? Hina sangat ke orang gemuk ni, sampai bila dia dicintai, orang terus meragui? Tak kisah lah kalau awak ni hodoh ke, dagu ada lima lapis, kaki tempang, muka berparut, kulit gelap dan segala macam kriteria yang society label sebagai buruk, you still deserve to be loved." ujar Arlina dalam Instagram beliau.
      says.com
  • Persoalan tentang fizikal Arlina tidak sepatutnya timbul sekiranya si tukang tanya faham tentang hidup dalam masyarakat yang menekankan sikap sopan santun

    • Sebagai orang Islam, tentu kita pernah mendengar sabda Nabi Muhammad bahawa adalah lebih baik kita diam jika kita tidak mampu berkata sesuatu yang baik.

      Lagipun jika anda inginkan kehidupan yang lebih ceria dan bahagia, adalah tidak berbaloi menggunakan akal dan tenaga anda untuk menyakiti orang lain dan akhirnya menjadikan kehidupan anda lebih menderita. Di dalam Al-Quran pun dilarang sama sekali penganut Islam untuk memalukan orang sekeliling.
      • 7b85 Image via inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com
    • Sebagai orang Malaysia pula kita dianjurkan untuk menerapkan nilai kesopanan dalam kehidupan. Sikap sopan santun itu bukan sekadar cium tangan orang yang lebih tua, tunduk apabila lalu dihadapan orang yang lebih berusia dan sebagainya, tetapi ia lebih dari itu.

      Jika anda baca definisi kesopanan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud sopan ialah sikap lemah lembut, baik budi pekerti, beradab, hormat dan sebagainya. Ia juga dikaitkan dengan kehidupan orang Islam yang berkaitan dengan sikap, sifat, tutur kata, tingkah laku yang bersopan santun.

      Soalan yang diterima oleh Arlina tentang fizikalnya tidak seharusnya timbul sama sekali jika semua orang faham dan mengamalkan kedua-dua perkara di atas. Lagipun, apa yang susahnya kalau kita mendoakan kebahagiaan Arlina, jika benar dia sudah berpunya. Betul tak?
loading...

0 Response to "(VIRAL) Gadis 'Chubby' Ini Dihina Selepas Membuat Pengakuan Mempunyai Teman Lelaki"

Post a Comment

Facebook

Advertising

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close