loading...
KISAH BENAR TERGEMPAR SEORANG BUDAK LELAKI 13 TAHUN NIKAH DENGAN PUTERI BUNIAN
KISAH BENAR TERGEMPAR SEORANG BUDAK LELAKI 13 TAHUN NIKAH DENGAN PUTERI BUNIAN
GAMBAR SEKADAR HIASAN
KISAH BENAR TERGEMPAR SEORANG BUDAK LELAKI 13 TAHUN NIKAH DENGAN PUTERI BUNIAN |
Orang Bunian adalah sejenis makhlus halus dari golongan jin. Mereka
tidak mempunyai jasad seperti manusia dan seperti golongan jin, ALLAH
S.W.T menjadikan mereka dari api. Orang Bunian ini kebiasaan nya
terdiri dari jin-jin Islam. Orang bunian ini dikatakan mempunyai
budaya setempat, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia tetapi
tidaklah sempurna seperti wajah dan badan manusia.
Kisah di bawah ialah kisah benar, yang saya petik dari laman web hj Lokman, seorang pengamal perubatan Islam di Gombak
Cerita Benar Hj Lokman ialah:
” Di sini ada satu kisah benar yang saya (Hj Lokman) ingin menceritakan
pengalaman saya mengubati seorang pesakit lelaki yang berumur dalam
lingkungan 13 tahun yang telah berkahwin dengan seorang orang bunian.
Kejadian ini berlaku dalam tahun 2004 di Kuala Lumpur semasa saya masih
lagi menetap di Bukit Antarabangsa. Biarlah saya namakan pesakit ini
Pesakit B. Satu hari ayah kepada Pesakit B ini datang ke rumah saya
mengadu yang anaknya Pesakit B ini tidak mahu pergi ke sekolah selama
beberapa bulan yang lepas. Ini berlaku selepas anaknya balik dari
“camping trip” di hutan di luar kawasan Kuala Lumpur yang dianjurkan
oleh sekolah anaknya .
Tiap-tiap hari anaknya akan tidur pada siang hari dan akan hanya bangun
pada jam 12 malam dan akan tidur semula menjelang waktu subuh. Dalam
masa 5 atau 6 jam dia tidak tidur dari jam 12 malam hingga subuh, dia
akan meminta ibunya memasak makanan untuk dia dan menguruskan diri
seperti mandi dan sebagainya.
Pada satu petang, saya ditemani oleh seorang sahabat bernama Ustadz
Faisal (seorang tahfiz) pergi ke rumah Pesakit B. Masa itu Pesakit B
sedang lena tidur di biliknya. Apabila tiba di rumah Pesakit B, saya
dapati selain dari ibu dan ayah Pesakit B, ada beberapa makhluk halus di
rumah itu.
Makhluk halus itu memperkenalkan diri mereka pada saya. Meraka adalah
golongan jin jenis orang bunian. Rupa-rupa nya Pesakit B ini telah
berkahwin dengan anak perempuan Penghulu orang bunian. Bersama-sama
Penghulu orang bunian itu, saya juga telah diperkenalkan dengan anak
perempuannya. Saya lupa hendak bertanya nama kedua-dua makhlus halus
itu. Kisahnya anak perempuan dia telah jatuh cinta dengan Pesakit B
semasa dia berkhemah di tepi hutan berdekatan dengan kediaman penduduk
orang bunian ini beberapa bulan yang lalu dan mereka telah pun
dikurniakan seorang cahaya mata.
Jadi bila Pesakit B ini tidur, roh nya berada di alam jin dan dia akan
hidup bersama-sama keluarga baru nya. Saya memberitahu hal yang sebenar
kepada kedua-dua ibu bapa Pesakit B. Alangkah terkejutnya mereka
berdua dan mereka tidak sangka perihal demikan telah berlaku pada anak
bongsu mereka. Ibu kepada Pesakit B menangis-nangis tidak setuju akan
perkahwinan anak bongsunya. Ayah Pesakit B mengelengkan kepala tanda
tidak setuju sama sekali.
Saya memberitahu penghulu jin itu yang kedua-dua ibu bapa Pesakit B
tidak meneriam dan merestui perkahwinan itu dan mahu anak mereka kembali
ke alam dunia ini dan mereka mahu anak bongsunya dipisahkan dengan anak
perempuan bunian itu.
Mendengar demikian, Penghulu orang bunian itu bertanya kepada saya,
“Buktikan di dalam Al-Quran ada ayat-ayat yang menyatakan bahawa Allah SAW tidak membenarkan kaum Jin berkahwin dengan kaum Adam.”
Selanjutnya Penghulu itu berkata,
“Sekiranya ada ayat-ayat
tersebut dalam Al-Quran, dia bersedia untuk memisahkan anak perempuan
dia dengan Pesakit B, dan sekiranya tidak dapat membuktikan, maka
perkahwinan ini akan diteruskan.”
Saya tergamam untuk menjawab soalan Penghulu Bunian itu dan saya tidak
sangka soalan itu akan dikemukakan kepada saya. Terdetik dalam hati
saya membisik bijak juga Penghulu bunian ini. Saya menoleh kepada
sahabat saya Ustdz Faisal dan dia mengelengkan kepala serta membisik
kepada saya bahawa dalam Al Quran tidak ada ayat-ayat yang mengatakan
kaum jin dilarang dan tidak dibenarkan berkahwin dengan kaum Adam.
Memang tidak ada ayat di dalam Al-Quran yang Allah SAW melarang kaum
manusia berkahwin dengan kaum jin. Tetapi dari hukum feqah memang ada
hukum yang menyuruh manusia berkahwin dengan kaum manusia dan bukan
dengan makhluk lain seperti jin atau binatang. Dari segi akal memang
tidak ada logiknya manusia berkahwin dengan kaum jin sebab manusia tidak
nampak mereka, tidak dapat menyentuh mereka atau tidak dapat mendengar
mereka. Dalam Al-Quran juga mengatakan manusia tidak dapat melihat
makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak
memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan
angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin.
Di akhir pembincangan petang itu, saya bagi pihak keluarga Pesakit B
sekeras-kerasnya tidak bersetuju dengan perkahwinan Pesakit B dan anak
perempuan Penghulu bunian itu. Tidak ada lagi “negotiation” dari pihak
Penghulu bunian yang akan saya layani dan kata putus saya pada akhir
perbincangan itu agar Penghulu bunian serahkan kembali Pesakit B kepada
keluarga asalnya. Dengan keizinan Allah SAW, dan dengan bacaan
ayat-ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah, Pesakit B kembali pulih
sediakala. Dengar khabar dari Ustadz Faisal baru-baru ini, Pesakit B
sudah pun berkerja dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa.
Pengajaran dari peristiwa ini ialah kita tidak patut tunduk atau
bersetuju dan mengikut kata makhluk halus ini. Orang-orang bunian ini
atau pun jenis-jenis jin yang lain mempunyai akal fikiran dan mereka
boleh berfikir seperti kita, dan kadangkala kita mudah terpedaya dan
tertipu dengan helah mereka.
Satu lagi kisah benar berlaku dalam bulan Ramadhan tahun 2009.
Memangnya setiap Ramadhan saya berterawih di Masjid UIA di Gombak. Pada
satu malam sedang saya duduk di barisan depan saf di Masjid UIA
menunggu waktu solat ishak di Masjid UIA, saya didatangi oleh seorang
jin jenis bunian bersama keluarganya. Selalunya saya bertarawih dengan
seorang sahabat rapat saya yang duduk di sebelah kiri saya.
Mula-mula jin itu mengucapkan salam pada saya dan saya membalas salam.
Berdosakan kalau tidak membalas salam. Jin itu memperkenalkan diri dia
dan memberitahu saya hajat dia untuk memperjodohkan anak perempuan
kembar jin bunian dia dengan sahabat saya yang duduk sebelah kiri saya.
Kebetulan sahabat rapat saya ini masih lagi status bujang dan masih
lagi single belum ada steady girlfriend pada ketika itu. Sahabat saya
ini memang handsome (dulu dia model), tinggi dan putih melapak orangnya
sampai kaum jin pun boleh terpikat pada dia.
Saya tergelak besar dan memberitahu sahabat rapat saya akan lamaran dari
jin bunian itu. Mula-mula sahabat saya ingat saya berlawak tapi bila
saya seriously beritahu dia akan keadaan yang sebenarnya, sahabat saya
rasa seronok dan terus senyum lebar tetapi menolak lamaran jin itu atas
alasan dia belum bersedia lagi. Saya senyum sendiri dengar alasan
spontan yang diberikan oleh sahabat saya tadi. Dalam hati saya kalau
lah dia nampak rupa wajah anak kembar perempuan jin bunian, mungkin dia
berfikir dua kali untuk memberi alasan itu. Sahabat rapat saya ini
pula suka tidur, kalau tidur mesti cukup tujuh atau lapan jam, dan
mungkin ini satu sebab kaum bunian suka pada dia.
loading...
0 Response to "(VIRAL) KISAH BENAR TERGEMPAR SEORANG BUDAK LELAKI 13 TAHUN NIKAH DENGAN PUTERI BUNIAN"
Post a Comment