loading...
(10 Gambar) Dalang Sebenar Disebalik Kejatuhan P. Ramlee Yang Ramai Tak TAHU !!
P. Ramlee Berani Kerana Benar
Periuk nasi P. Ramlee ditutup oleh 2 syarikat yang dinaikkan oleh P. Ramlee:
1.
Jaafar Abdullah, Eksekutif Shaw Brothers keluar surat memberhentikan
khidmat P. Ramlee atas arahan RunRun Shaw dan RunMe Shaw. Ditulis,
“Karya P. Ramlee tak bagus..”
2.
EMI menamatkan kontrak P. Ramlee, Mrs Devan berkata “Lagu P. Ramlee dah
tak laku.. orang tak beli”. EMI Malaysia juga kata kontrak P Ramlee
adalah dgn EMI Singapura.
Harus
diingat, P. Ramlee pulang ke Malaysia apabila Shaw Brothers yang suruh
apabila pekerja Studio Jalan Ampas yang dibayar gaji amat rendah
membentuk Union pekerja Melayu dan membuat banyak protes. Lee Kuan Yew
arah Shaw Brothers ditutup utk sekat union itu. Apa tujuan LKY?
EMI
pula seolah tidak lagi kenang jasa P. Ramlee. Seniman Agung ini telah
memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada EMI hasil dari ratusan
lagu dan album P. Ramlee, Saloma dll… Kenapa perlu buang terus P.
Ramlee? Ikon terbesar industri musik semasa itu? Bukankah kompilasi lagu
P. Ramlee dan hasil lirik setta lagu P. Ramlee masih popular?
Itu
lah dua punca dari bidang lakonan dan lagu yang telah jatuhkan karier
P. Ramlee. Ianya satu bentuk pengkhianatan P. Ramlee adalah seorang
pejuang seni yang berjuang memartabatkan budaya Melayu dalam filem dan
lagu Melayu fu dalam nyanyian.
Tak
cukup dengan itu, wartawan tempatan juga kerap memperlekeh usaha P.
Ramlee pada ketika irama Pop Yeh Yeh, Blues, Rock dan Pop sedang meresap
ke dalam jiwa anak bangsa. P. Ramlee terpaksa memboikot media yang
sering memutarbelit kenyataan nya.
Karyawan
pula ramai dengki dan merasakan mereka lebih baik. Apabila P Ramlee
tubuhkan PERFIMA bersama HM Shah.. Dan turut disertai Jaafar Abdullah,
Jins Shamsuddin dan Salleh Ghani.. Maka BOD putuskan bahawa P. Ramlee
tak bagus sebagai pengarah filem kerana ‘tiada kelayakan akademik’..
Maka Jins Shamsuddin yang dilantik jadi Pengarah Filem kerana dia baru
balik dengan sijil pengarahan filem dari London.
Maka
P. Ramlee dan HM Shah keluar dari PERFIMA pada Februari 1973. Segala
usaha P. Ramlee disabotaj. 3 bulan selepas itu, P. Ramlee menjadi
bertambah stress apabila menerima saman mahkamah. Beliau menjadi
penjamin/guarantor kepada deorang kawan untuk satu pinjaman. ‘Kawan’ ini
lesap, P. Ramlee berhadapan tindakan mahkamah yang boleh menjatuh hukum
bankrapsi sedang P. Ramlee tidak ada wang untuk tebus diri.
Beliau
mengalami kemurungan dan kekecewaan yang amat sangat. Sedang Nasir P.
Ramlee pula kawin di usia 19 dan keluar rumah. P. Ramlee kecewa dan
marah kerana tidak bersetuju dengan perkahwinan itu.. Beliau menjadi
tidak terurus, tak bercukur sehingga hari tragik itu.. Sedih.. Kecewa..
Stress hampir maksima.
Seminggu
selepas menerima surat saman itu P. Ramlee meninggal dunia menjelang
subuh 29 Mei, 1973 akibat serangan jantung. Sblm nya beliau mengadu
sakit dada dan dalam kesakitan sempat berpesan kepada Sazali.. ” Jaga
Mama baik-baik walau apapun yang terjadi…”
Innalillahi Wainna Illaihi Roji'un.
loading...
0 Response to "(VIRAL) (10 Gambar) Dalang Sebenar Disebalik Kejatuhan P. Ramlee Yang Ramai Tak TAHU !! "
Post a Comment