loading...
(ViraL) Otak Bayi 10 Minggu Membengkak, Meninggal Dunia Selepas Minum Susu Badan Bercampur dgn Air Berulang Kali
"Sy betul-betul tak tahu susu ibu tak
boleh campur dgn air biasa..kalau sy tahu dari awal, Marie mesti masih
hidup..sy menyesal..ibu bapa di luar, tolong sebarkan..jgn jadi seperti
sy, syg anak-anak anda..mereka bayi, mereka tak mampu bercakap tapi anda
mampu bertindak..tolong viralkan secepat mungkin.."
Otak Bayi 10-minggu Membengkak, Meninggal Dunia Selepas Ibu Bapanya Berulang Kali memberi Susu Badan Bercampur dgn Air
Bayi yang hanya
berumur 10-minggu Nevaeh Marie Landell meninggal dunia selepas ibu
bapanya berulang kali memberi susu badan bercampur dengan air. Susu ibu
yang dicampurkan dengan air telah mengakibatkan penurunan dalam tahap
elektrolit dan natrium Nevaeh dan menyebabkan otaknya membengkak.
Menurut pendakwa
raya, Herbert George Landell dan Lauren Heather Fristed didakwa enggan
memberi rawatan perubatan apabila anak mereka jatuh sakit, alasan yang
diberikan adalah kerana kepercayaan agama mereka. Apabila mereka
akhirnya membawa bayi mereka ke hospital, ia sudah terlambat.
Landell telah
didakwa dengan jenayah pembunuhan dan penyeksaan. Fristed didakwa dengan
jenyah penyeksaan yang teruk dan kekejaman terhadap anak-anak. Laporan
berita US menyatakan bahawa kedua-duanya berada dalam penjara tanpa
diikat jamin.
Ia sentiasa tragis
untuk mendengar cerita seperti ini, terutama apabila ia agak jelas
bahawa Nevaeh mungkin masih hidup jika ibu bapanya lebih berpendidikan
mengenai penjagaan dan pemakanan bayi mereka yang masih kecil.
Apakah peraturan
mengenai pemberian air kepada bayi yang masih diberi susu ibu di bawah
umur enam bulan? Adakah bayi sekecil ini memerlukan susu badan dan dan
juga air kosong? Atau adakah susu ibu menyediakan penghidratan yang
mencukupi?
Adakah bayi yang diberi susu ibu memerlukan air?
Pakar-pakar laktasi
daripada organisasi seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan La
Leche League International (LLLI) bersetuju bahawa bayi yang disusui ibu
secara eksklusif tidak memerlukan air tambahan. Ini kerana susu ibu
terdiri daripada 88% air – terutamanya “susu hadapan” yang datang dengan
setiap makanan – oleh itu ia memenuhi semua keperluan penghidratan bayi
anda.
Apa yang diperlukan untuk bayi yang baru lahir supaya sentiasa hidrat hanyalah kolostrum.
Mengapa anda tidak perlu memberi air kepada bayi yang menyusu susu ibu yang berumur di bawah enam bulan?
-Nasihat pakar dari
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Academy of Breastfeeding Medicine,
American Academy of Pediatrics dan KellyMom.com menyerlahkan fakta-fakta
berikut mengenai risiko memberikan air kepada bayi yang diberi susu ibu
secara eksklusif di bawah usia enam bulan:
-Memberi air boleh
mengganggu frekuensi normal penyusuan susu ibu dan boleh menyebabkan
kekeliruan puting apabila air diberikan dari botol.
-Memberi makanan
tambahan seperti air atau air glukosa kepada bayi yang baru lahir boleh
meletakkan beliau pada risiko yang tinggi untuk peningkatan bilirubin
(yang boleh menyebabkan penyakit kuning). Bermakna bayi terpaksa berada
di hospital lebih lama.
-Ia boleh
menyebabkan keracunan air, tanda-tandanya adalah pening, kekeliruan,
mengantuk, bergerak-gerak dan sawan. Pakar perubatan professional
mengatakan bahawa minum terlalu banyak air terutama pada kanak-kanak di
bawah umur satu tahun boleh mencairkan tahap natrium normal bayi dan
boleh menyebabkan sawan, koma, kerosakan otak dan juga kematian.
-Air tidak
mengandungi kalori, yang bermaksud memberikan air kepada bayi anda
membuatkan dia kenyang tanpa menambah kalori. Ini boleh menyebabkan
kenaikan atau penurunan berat badan.
Memberi air kepada bayi: Bilakah masa yang sesuai?
Walaupun cuaca di
luar sangat panas, bayi susuan ibu sepenuhnya masih tidak memerlukan air
tambahan. Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu meningkatkan kekerapan
menyusukannya untuk memastikan si manja anda kekal terhidrat.
Jadi, bilakah masa yang sesuai untuk memberikan air kepada anak saya?
Apabila bayi anda
berumur enam bulan dan telah belajar untuk menggunakan cawan. Pakar
mengatakan ia adalah baik untuk memberinya bayi anda menghirup air
beberapa kali sehari, tetapi tidak lebih daripada dua auns setiap 24
jam. Juga, apabila si manja anda memulakan makanan pepejal, nasihat
profesional adalah anda boleh menawarkan kepadanya beberapa hirup susu
atau air dengan makanan pepejal beliau untuk mengelakkan sembelit.
Untuk bayi yang
lebih tua dan juga kanak-kanak, anda boleh terus menyusukan dan
memberikan air secara sederhana. Jika anda terus menyusukan bayi di luar
setahun, perlu diingatkan bahawa ia masih menyediakan banyak
penghidratan untuk anak anda kerana dia dibenarkan untuk menyusu tanpa
batas.
loading...
0 Response to "(VIRAL) Otak Bayi 10 Minggu Membengkak, Meninggal Dunia Selepas Minum Susu Badan Bercampur dgn Air Berulang Kali "
Post a Comment