(VIRAL) KORANG WAJIB BACA AND SHARE BENDA INI , TAK BACA SAMPAI BILA PUN KENA TIPU DENGAN INSURANCE... JANGAN TERPEDAYA!!!! HEBOHKAN..

loading...
HELAH LICIK TAKAFUL MALAYSIA


Saya terpaksa menulis untuk mengelakkan lebih ramai pengguna tidak terkena seperti saya. Di harap Pihak Takaful Malaysia, memikirkan perkara ini, kerana ia menganiaya pelanggan yang support periuk nasi anda...

1. Pada May 2016, kereta saya telah dilanggar dibelakang, ketika memasuki simpang di Shah Alam.
2. Kedua pihak bersetuju untuk membuat laporan polis untuk claim insurance pihak yang melanggar
3. Laporan polis keluar dan terbukti orang yang melanggar bersalah
4. Saya menghantar kereta ke Toyota Sek. 15 untuk tujuan repair dan claim ke insuran yang melanggar
5. Toyota menghantar dokumen ke Insuran kereta saya iaitu TAKAFUL MALAYSIA agar Takaful Malaysia claim ke insuran pihak yang melanggar
6. Saya diberitahu oleh pihak Toyota yang saya perlu menanggung dan membayar 'betterment' lbh RM100 dan 'Ekses' RM400.
7. Hairan dengan pembayaran itu, saya mula mempersoalkan kenapa 3rd party claim saya harus bayar?
8. Pergi ke Takaful Malaysia Caw. Sek 13 Shah Alam untuk penjelasan.
9. Pegawai menjelaskan bahawa RM400 yang perlu saya jelaskan adalah bayaran untuk Windscreen.
10. Tidak berpuas hati kerana cermin kereta saya tidak disentuh dan tidak rosak. Saya meminta Takaful Malaysia claim RM400 dan juga betterment ke insuran pihak yang melanggar. Bagaimanapun Takaful Malaysia enggan dan meminta saya buat claim sendiri.
11. Tidak berpuas hati kerana saya dilanggar, kenapa saya pula perlu bayar, juga tidak berpuashati kenapa perlu bayar windscreen RM400 sedangkan cermin tidak rosak. Pegawai Takaful masih tidak dapat menjelaskan kaitan antara bumper dengan windscreen.
12. Pegawai Takaful Malaysia hanya memberi jawaban "Prosedur baru bermula Jan 2016". Saya persoalkan, insuran saya renew pada Oktober 2015. Saya tidak menandatangani apa2 kontrak atau agreement pada atau selepas 2016.
13. Masih tidak selesai, pada 22hb August, setelah 3 bulan berlarutan, saya ke bengkel panel Takaful Malaysia untuk meminta penjelasan.
14. Pihak bengkel menyatakan bahawa RM400 tersebut dikenakan kerana saya tidak mengambil insuran windscreen sekali. Maka itu dalam cover note, diletakkan sebagai ekses RM400.
15. Sekiranya terjadi apa-apa, maka saya perlu menanggung RM400 kerana tidak mengambil windscreen coverage walaupun cermin tidak perlu dibaiki atau rosak.
16. Perkara ini berlarutan kerana saya tidak mahu membayar RM400 dan juga betterment yang dituntut oleh Takaful Malaysia, yang mana sepatutnya kos2 ini ditanggung oleh pihak insuran orang yang bersalah melanggar saya.

Persoalannya :

1. Kenapa saya perlu bayaran cermin kereta RM400 hanya kerana saya tidak mengambil coverage cermin? Sedangkan cermin langsung tiada kena mengena dalam hal ini.
2. Kenapa saya perlu bayar RM400 for nothing? Adakah pihak Takaful akan memberikan saya cermin kereta? Jadi, untuk apakah cermin yang saya ada sekarang?
3. Kenapakah betterment dan juga windscreen ini tidak di calim di pihak insuran yang bersalah?
4. Ketika mengambil insuran ini, kenapa tidak diterangkan sejelas-jelasnya caj tersembunyi ini? Jika begini, kenapa tidak diwajibkan sahaja mengambil insuran cermin? Kenapa perlu diberi option jika akhirnya Takaful Malaysia "mencuri" duit pelanggan RM400 seorang?

Saya berharap agar pihak Takaful Malaysia memikirkan perkara ini, kerana bagi saya ini satu helah yang tidak sepatutnya, Ia satu penganiayaan kepada pelanggan. Sepatutnya, sebagai insuran, tugas anda adalah melindungi, kerana khidmat ini dibayar, bukan percuma.

Kepada anda diluar sana, berhati-hati. Jangan sampai terkena. Periksa cover note anda, samada anda memasukkan insuran cermin sekali atau tidak. Jika tidak, bersedia untuk membayar RM400...
Berharap agar tiada pelanggan dan rakyat Malaysia lain yang terkena seperti saya.

LATEST UPDATE :
One of pegawai Takaful Malaysia call aku hari ni tawarkan khidmat untuk mempercepatkan proses 3rd party claim. Beliau juga meminta maaf bagi pihak Takaful Malaysia kerana saya terpaksa melalui semua ini dan juga atas kesilapan Takaful Malaysia. Dalam kes ini, kes 3rd party, beliau menyatakan bahwa :
1. Customer diberi pilihan samada untuk bayar RM400 atau tidak.
2. Jika bayar, boleh claim semula ke pihak ketiga RM400 + lain2 kos akan diruruskan oleh Takaful Malaysia. Tetapi kena dahulukan duit RM400.
3. Jika tidak, pihak Takaful boleh sahaja uruskan tanpa bayaran RM400.
4. Beliau juga ingatkan bahawa kereta saya sudah di repair.

Ini balasan saya pada beliau :
1. Kenapa ketika berada dipejabat Takaful, saya sudah meminta option terbaik untuk tidak bayar RM400. Malahan pegawai tersebut (bukan ejen ye) menyatakan option yg ada ialah melalui panel takaful. Tetapi masih beliau tekankan RM400 windscreen.
2. Ketika saya kata, kenapa tak mudahkan sahaja claim terus ke 3rd party? Dan kenapa Takaful tidak boleh uruskan? Pegawai tersebut kata mmg tak boleh saya kena claim sendiri.
3. Yang ni sepatutnya option yang pegawai (ukan ejen tau...) suggest kepada saya instead of tekankan bayar RM400 untuk windscreen. Kan mudah...
4. Saya katakan bahawa klu sudah repair, saya takkan tanya option lain yang terbaik kepada pegawai tersebut.

Apa-apa pun kepada Pegawai Takaful yang call saya tadi Cik Puan Rini, terimakasih kerana menguhulurkan bantuan, follow up pada workshop dan Takaful 3rd party. Itu yang saya nak dengar, kan senang sahaja urusan, 3rd party claim, tak yah bayar apa2, uruskan je....tu tindakan sewajarnya, yang patut didahulukan, bukannya setelah saya bersusah payah ke workshop, balai polis, pejabat takaful, kemudiannya ke Klang untuk hantar sendiri kereta tanpa bantuan Takaful dan minta bantuan workshop disitu, juga sehingga saya viralkan isu ini, baru ada tindakan dari pihak Takaful Malaysia.

Bagaimanapun terimakasih pada Cik Puan Rini, kan mudah begitu....cuma harap pihak Takaful Malaysia review balik policy, prosedur dan tnc agar customer tidak akan marah lagi pada pihak Takaful Malaysia.
loading...

0 Response to "(VIRAL) KORANG WAJIB BACA AND SHARE BENDA INI , TAK BACA SAMPAI BILA PUN KENA TIPU DENGAN INSURANCE... JANGAN TERPEDAYA!!!! HEBOHKAN.."

Post a Comment

Facebook

Advertising

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close