(VIRAL) 10 Lelaki Paling Kacak Di Dunia 2016 BUKAN Dekat MALAYSIA yee..Selamat Jamu Mata..

loading...
10 jejaka ini mempunyai wajah yang benar-benar kacak, maskulin dan matang dengan penampilan mereka yang menarik dan popular di seluruh dunia. Kebanyakkan dari mereka telah dipilih untuk menjadi duta kepada beberapa produk lelaki dari jenama yang terkemuka.

Jelita senaraikan 10 lelaki paling kacak di dunia 2016.


t73910031_max
Gambar: TPGimage


1. Tom Cruise Semua wanita yang melihat Tom Cruise pasti akan tertarik dengan wajah kacaknya. Jadi tidak hairanlah kalau dia berada di tangga teratas dalam senarai ini. Pelakon dari Amerika Syarikat ini dilahirkan pada 3 Julai 1962. Walaupun Tom sudah berusia, namun dia masih menjadi pujaan ramai peminat wanita  kerana lakonan dan wajahnya yang kacak itu. Tom Cruise telah banyak membintangi filem popular antaranya Mission Impossible, Jack Reacher, The Last Samurai dan banyak lagi. Tom adalah seorang pelakon yang sangat bersemangat bila melakonkan wataknya.


t74183725_max
Gambar: TPGimage


2. Robert Pattinson Pelakon yang berasal dari British ini dilahirkan pada 13 Mei 1986. Tidak dinafikan lagi, Robert memiliki wajah yang sangat kacak dan menarik. Wanita memang gilakan wajah kacak Robert Pattinson. Setiap kali menonton filem lakonan Robert, pasti ramai wanita yang akan menjerit namanya. Robert pernah membintangi filem Harry Potter and the Order of The Phoenix dan Remember Me. Namun, filem yang benar-benar menaikkan nama Robert ialah Twilight Saga di mana Robert melakonkan watak Edward Cullen, seorang pontianak (vampire) romantik yang jatuh cinta dengan seorang manusia, Bella Swan, lakonan Kristen Stewart.


t71761938_max
Gambar: TPGimage


3. Hrithik Roshan Hrithik Roshan dilahirkan pada 10 Januari 1974 di India. Bagi anda yang meminati filem Bollywood, pasti akan kenal dengan Hrithik Roshan. Hrithik mempunyai aura maskulin selain dari memiliki wajah yang kacak dan menarik. Hrithik juga memiliki sepasang mata yang sangat cantik dan menawan dan pastinya membuatkan para wanita terpukau dengan pandangan matanya. Badannya yang tegap dan tinggi lampai itu juga antara tarikan yang dimilikinya. Hrithik Roshan terkenal dengan filem Kaho Na Pyar Hai, Koi Mil Gaya, Krrish, Kabhie Kushi Kabhie Gham dan banyak lagi.


t71638489_max
Gambar: TPGimage


4. Johnny Depp Pelakon versatil ini dilahirkan pada 9 Jun 1963 di Amerika Syarikat. Walaupun Johnny sudah berusia namun wajahnya masih lagi kelihatan kacak. Walaupun banyak filemnya memerlukan Johnny untuk berubah wajah namun setiap wajah yang dilakonkannya itu sangat menarik. Johnny Depp terkenal dengan filem Don Juan DeMarco, Once Upon a Time in Mexico, Pirates of The Caribbean dan banyak lagi. Wajah kacak inilah yang melakonkan watak Jack Sparrow.


t74426519_max
Gambar: TPGimage


5. Tom Hiddleston Dilahirkan pada 9 Febuari 1981 di United Kingdom, Tom Hiddleston merupakan pelakon yang mempunyai tarikan yang unik. Tom juga bijak menggayakan rambutnya agar wajahnya tampak lebih menarik. Tom terkenal dengan filem seperti Midnight in Paris, The Deep Blue Sea, The Pirate Fairy, I Saw the Light dan banyak lagi. Tom juga pernah membintangi filem The Avengers. Wajah Tom memang sangat kacak sehingga Taylor Swift sendiri pernah tertarik dengannya.


t42953119_max
Gambar: TPGimage


6. Omar Borkan Al Gala Omar Borkan Al Gala merupakan model dari Iraq yang dilahirkan pada 23 September 1989. Tidak dinafikan wajah Omar memang sangat kacak dan menarik. Dia juga memiliki sepasang mata yang sangat cantik yang mampu memikat setiap wanita yang melihatnya. Omar pernah mengalami insiden kecil kerana wajah tampannya apabila dia disuruh meninggalkan majlis yang sedang berlangsung dengan alasan dia kelihatan sangat menarik sehinggakan semua wanita tertarik dengannya.


t61562225_max
Gambar: TPGimage


7. Salman Khan Salman Khan dilahirkan pada 27 Februari 1965 di India. Sememangnya Salman Khan adalah seorang lelaki yang memiliki wajah yang sangat tampan dan dia juga masih menjaga badannya agar sentiasa tegap. Jadi, tidak hairanlah kalau ada wanita yang tertarik dengan ketampanannya itu. Salman terkenal dengan filem seperti Hum Aapke Hain Kaun, Har Dil Jo Pyar Karega, Bodyguard dan banyak lagi. Setiap filem yang dibintangi Salman pasti akan mendapat sambutan hangat.


t74003780_max
Gambar: TPGimage


8. Brad Pitt Walaupun sudah berusia, namun Brad Pitt masih lagi mempunyai daya tarikan sendiri yang mampu memikat wanita. Dilahirkan pada 18 Disember 1963, Brad Pitt masih lagi kelihatan sangat bergaya  dan juga memiliki personaliti yang baik. Dia juga salah seorang pelakon berjaya yang pernah memenangi banyak anugerah. Antara filem lakonannya ialah Seven Years in Tibet, The Mexican, Mr. & Mrs. Smith, The Big Short dan banyak lagi.


t71629459_max
Gambar: TPGimage


9. Hugh Jackman Hugh Jackman dilahirkan di Australia pada 12 Oktober 1968. Ternyata usia bukanlah satu faktor buat Hugh kerana dia masih lagi kelihatan tampan walaupun sudah berusia. Selain itu, dia juga memiliki badan yang tegap. Dia juga memiliki suara yang merdu. Memang dia adalah antara pilihan lelaki idaman wanita. Antara filem lakonan Hugh Jackman ialah Flushed Away, Dukale’s Dream, Chappie dan banyak lagi. Hugh terkenal dengan watak Wolverine dalam filem X-Man.


t60808478_max
Gambar: TPGimage


10. Billy Unger Dilahirkan pada 15 Oktober 1995, Billy Unger adalah pelakon muda dari Amerika Syarikat. Dia berjaya tersenarai dalam senarai 10 Wajah Lelaki Paling Kacak Dunia 2016 kerana wajahnya yang comel dan kacak. Dia juga menjadi pilihan kepada ramai gadis remaja. Antara filem yang dilakonkannya ialah Special Agent Oso, Sonny with a Chance, A.N.T Farm dan banyak lagi. Dia merupakan seorang pelakon yang berbakat.
loading...

0 Response to "(VIRAL) 10 Lelaki Paling Kacak Di Dunia 2016 BUKAN Dekat MALAYSIA yee..Selamat Jamu Mata.."

Post a Comment

Facebook

Advertising

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close