loading...

Baru tiga bulan berkahwin, si suami sudah mencari bomoh di laman
Facebook dan berniat melabur ratusan ringgit untuk mendapatkan minyak
pengasih bagi memikat gadis yang dikenannya.
"Saya nak tanya pendapat semua. Kalau suami main benda seperti ini, apa
perlu buat? Sebelum ini sudah banyak kali dah kantaoi mesej 'blue'.
Itulah yang berlaku pada kakak saya yang baru berkahwin dengan suaminya,
tiga bulan," kata pengadu pada laman Kisah Rumah Tangga.
Berdasarkan gambar perbualan Facebook si suami dengan empat individu
yang mendakwa diri mereka sebagai bomoh dan mempunyai ilmu yang boleh
membantu golongan terdesak mendapatkan perempuan yang pelanggan mereka
mahukan.
Salah seorang yang mengelar dirinya sebagai bomoh menawarkan Minyak
Pukau yang dijual dengan harga RM8,950. Minyak tersebut boleh digunakan
dari jarak jauh dan serta merta membuatkan perempuan yang diminatinya
itu jatuh cinta pada penggunanya.
Perbualan bersama Mistik Bomoh



Perbualan bersama Panglima Sheikh Sutera Merah




"Segala barang saya hanya iktihar saja. Yang menetukan jadi atau tak, hanya Allah swt," kata bomoh berkenaan.
Perbualan bersama Minyak Pengasih & Pelet Super


Bagaimanapun, umat Islam dilarang melakukan perkara-perkara syirik
seumpama itu, malah ia adalah perbuatan yang berdosa kerana menyekutukan
Allah. Sebaiknya, jika ada masalah rumah tangga, rujuklah pada ustaz
atau pakar kaunseling. Selain itu, bersihkan diri dengan solat, sujud
pada Ilahi, mohon doa kesejahteraan, mohon kuatkan iman, mohon petunjuk
dan lakukan solat berjemaah.
loading...
0 Response to "(VIRAL) Baru 3 Bulan Kahwin, Suami Dah Cari Minyak Pukau RM8,950"
Post a Comment