(VIRAL) DULU AKU PENAGIH DADAH , ARAK DAN SEGALA KEJAHATAN...TAPI SELEPAS KEJADIAN ITU AKU BERUBAH DAN TIDAK LAGI MENGULANGINYAA...

loading...

Assalamualaikum..
Aku adalah seorang yg berumur dalam 20-an, dan hidup aku…??? Parak, hancur, tak tahu apa nak cakap dah.. Arak tanpa segan silu minum kat public, kekadang tepi jalan.. dadah, hmm Jenis ICE(syabu) favourite aku, pilihan utama…. Tapi alhamdulillah, kasih sayang Allah pada hamba Nya amat luas, tidak pernah penat memberi keampunan dan peluang… Pada saat aku masih leka pada hiburan dunia, menzalimi diri sendiri, tibalah satu hari di mana aku benar2 di uji dari segi fizikal, mental, dan rohani..
Pada suatu hari ni, aku terasa rindu nak hisap dadah jenis ICE jd aku dah planning awal2, kat mana nak hisap, barang keperluan aku sediakan, jadi yg tinggal sekarang, Cuma nak amik je barang tu. Aku pun telepon lah member, suruh set up dengan dealer untuk aku… Time nak keluar rumah tu, aku mula rasa tak sedap hati, tak tahu lah kenapa. Tapi aku paksa jugak keluar rumah…Time aku naik kereta member aku tu untuk amik ICE, perasaan takut dan seram sejuk tu tak pernah lari dari aku dan aku pun tak tahu kenapa.. nak kata takut kat polis, aku dah biasa buat menda mcam ni. Buat bodoh je, dan buat muka tak bersalah. Tapi aku malas nak layan perasaan tu, aku pun tak layan lah… Kita skip sikit cerita bab nak bagi pendek, time aku tengah hisap dan menikmati keindahan ICE ni pon aku rasa tak senang hati, sehingga lah kesan ICE tu dah hilang dan aku pun tertidur… haaaah, di sini lah bermulanya cerita seram yg aku lalui…… di sini lah dia berlakunya kejadian yg mengubah hidup ku..
Pada malam itu aku bermimpi sebuah lembaga hitam berbulu, dengan suara yg menggerunkan dia ketawa dan berkata kepada ku.
“Aku suka dengan kau, aku ingin kau menjadi tuan ku.”
Tapi sejahil-jahilku, aku ingat Tuhan, dan aku menolak permintaannya sebab aku tak nak terlibat benda2 saka dan sihir ni.. tapi tolakan ku itu amat tidak di senangi oleh lembaga itu, dia menerkam ku dengan kuku nya yg tajam, kami bergelutan, dan aku masuk ke dalam bilik ku dan mengunci pintu… tapi, lembaga tersebut, mencakar-cakar hendak masuk. Aku menangis dan meraung minta tolong tapi tiada yg mendengar ku, pintu itu semakin hancur dek kerna cakaran nya yg deras, hampir saja dia dapat masuk dan mendapatkan aku, namun aku selamat kerna kucing rumah aku mencakar badan ku dan mengejutkan aku dari lena.. time aku terbangun dari tidur tu, aku kepenatan dan berpeluh macam baru habis lari padang bola 10kali round…
Aku sangkakan semuanya itu hanya mimpi, tapi time itu badan aku bulu roma tak henti berdiri, berdiri dia lain macam, seolah setiap satu bulu roma aku di tarik dengan kuat. Dan aku juga terasa seolah seperti ada sesuatu yg merayap-rayap di atas badan aku. Aku juga dalam keadaan takut, namun aku cuba tidak melayan perasaan ku itu… Aku mandi dan bersiap untuk ke kerja, bila aku keluar rumah je, tidak ada satu mata orang pun yg tidak memandang aku, semua memandang aku seolah mereka Nampak hantu. Ianya membuatkan aku merasa aku amat takut dan tertanya-tanya kenapa mereka memerhati ku. Sehingga lah aku lalu di sebuah masjid ni, ada seorang makcik ni menahan aku. Dia berkata dengan perlahan pada ku…
“Nak, jaga2 nak, ada orang yg tengah mengikut anak tu, ingat Tuhan ya, banyak kan zikir serta sabar.”
Start dari situ, aku sedar apa yg berlaku, aku berpatah balik ke rumah dan pada hari itu serta start hari itu aku mula tidak bekerja. Aku pulang je rumah, hati aku betul2 mental. kerna apa..? Mata aku umpama terbuka hijabnya. Aku dapat melihat segala mcam jenis makhluk yg tidak dapat aku gambarkan melalui kata2, aku Nampak pocong, aku Nampak kepala berbaris tergantung, aku nampak satu makhluk tidak berkepala, aku Nampak beg mayat berkumpul membentuk sebuah bukit setinggi pusat aku, dan macam2 lagi lah. Tapi aku tak dapat lihat secara langsung atau directly, kalau aku lihat melalui cermin barulah aku dapat melihat semua itu, aku tutup semua cermin di rumah aku menggunakan surat khabar. Dan setiap selang berapa masa juga, aku akan dapat dengar bnyak barang jatuh di dapur dan bilik aku…
Kerap kali, kalau aku main laptop, screen laptop aku akan terlipat sendiri dengan kuat, kalau aku pegang phone aku kena pegang kuat2, kalau tak boleh terpelanting bab benda tu, selalu menolak tangan aku.. Benda yg merayap di badan aku..? nak tau benda apa..? pocong… yes, pocong.. aku dapat tahu time aku lihat cermin.Setiap malam kalau aku tidur, aku akan mimpi ngeri.. Korang bayangkan lah apa yg aku tanggung tu, selama 2 bulan aku tanggung. Mental aku kian terganggu, rambut serabut, jarang mandi, pakaian entah berapa kali je tukar. Aku pun dah tak kerja. Dah kena buang bab lama tak datang…
Aku tak panggil uztaz atau mana2 perubatan islam sebab aku takut, kalau2 mereka dapat scan aku dan tahu ini berpunca dari sifat ku yg dulu terutamanya mengisap dadah, lalu pasti mereka hantar aku ke balai dan campakkan aku ke dalam penjara… Tapi, ada seorang member serumah aku ni, kesian tengok aku, dia bawak seorang uztaz dating rumah. Uztaz tu scan aku, lalu dia cakap benda yg kacau aku ni kuat dan ketua kepada semua benda2 yg aku nampak dalam rumah tu. Tapi dia kagum juga dengan aku, kerna aku dapat bertahan lama dengan perkara sedemikian walau pun sedikit demi sedikit aku hamper gila. Uztaz tu kata aku pun ada aura yg kuat, dan menjadi salah satu tarikan dan sebab aku d ganggu. Tapi dia dapat rasa itu bukan punca utama aku di ganggu. Aku faham apa yg di maksud kan tapi aku tak nak mengaku dan berdiam diri… Uztaz tu hanya memberi kata2 untuk aku terus tabah dan sabar. Dan Pok pek pok pek pok pek lagi oleh uztaz tu, dia bekal kan aku air yasin dan meninggalkan rumah ku…
Malam tu, sebelum tidur, aku minum segelas air yasin yg di beri pada ku dan tidur. Aku termimpi aku berada di sebuah tempat yg gelap macam time maghrib tu.. lalu tiba2 datang satu cahaya yg dengan laju menghampiri ku.. lalu cahaya itu bersuara, dan berkata kepada ku..
“wahai fulan bin fulan, aku adalah malaikat jibril. Sungguh apa yg kau lalui adalah sebagai balasan kepada mu terhadap kezaliman mu. Tapi selepas kesusahan pasti ada kebaikan yg tersembunyi.”
Itu sahaja mesej yg aku terima lalu aku tersedar dari lena. Start dari situ, aku berazam hendak berubah dan aku mula bersolat. Tapi time aku first nak mula solat tu, bukan mudah.. Aku nak berdiri time tu pun, mcam tak boleh dah.. bergegar-gegar aku hendak cuba untuk berdiri untuk bersolat. Malah time aku nak bersolat tu pun, pocog yg merayap di badan ku mengganas merayap-rayap di badan ku.. kaki ku sakit seperti ada benda yg mencengkamnya. Seolah mereka ingin mematah kan semangat ku. Tapi aku Berjaya untuk mengatasi nya dan bersolat.. time tu, aku dapat terasa nikmatnya solat, betapa manis nya, tangisan tak henti2 memohon keampunan Nya dan pertolongan Nya…
Mula dari hari itu, sedikit demi sedikit gangguan ku mulai pudar namun tidak hilang, mereka cuba juga sedaya upaya untuk mendekati ku dan mematahkan semangat ku… banyak kali di waktu aku solat atau berdoa, bila aku terpejamkan mata ku, aku akan dapat melihat sebuah cahaya berbentuk salib, namun ku abaikan dan aku pegang dengan sekuat-kuatnya akidah ku. Aku berpegang pada kalimah tauhid lalillahaillallah. waktu tidur ku juga tetap tidak lena kerna mereka pasti sahaja akan dating untuk memeriah kan lagi mimpi ngeri ku. Tapi ada sekali ni, aku bermimpi di kejar beramai-ramai dan aku pun berlari, sehingga ada seorang tua, yg dari jauh berteriak pada ku,
“jangan takut, ingat lah Allah, bnyak kan zikir mu, jadikan ia senjata mu, berzikirlah.” Dia mengulang kata itu berkali-kali sehinggalah aku tersedar, dan time aku sedar tu pun, mulut ku mengulang-ngulang kata orng tua itu. Aku tidak dapat mengawal mulut ku. Tak kira macam mana aku cuba kawal atau tutup mulut ku, aku tetap terulang-ulang kata itu.. selama 10 minit, baru lah aku dapat menguasai semula mulut ku… dan aku mula banyak berzikir start dari hari itu.. aku juga belajar dengan sendiri sebuah teknik, di mana aku menggunakan zikrullah, di minda ku aku mengurung satu persatu makhluk yg pernah ku lihat, dan dengan terus berzikir, aku tukar kan zikir tu di minda ku menjadi ribut taufan yg memberi tekanan pada makhluk2 makhluk tersebut….
Alhamdulillah teknik tu amat berkesan, dan kurangnya gangguan mereka terhadap ku dapat ku rasa kan. Tapi boss mereka Nampak nya, masih ingin mencabar ku, kerna dia sering kali muncul dalam mimpiku untuk mengganggu.. sehingga lah satu malam ni aku bermimpi, aku berjumpa semula dengan orang tua yg menyuruh aku untuk berzikir tu.. kali ini, dia hulur kan aku al-qurannya dan dia suruh aku membuka quran lalu dia suruh aku amalkan beberapa potong ayat pilihan, seperti al-fatiha. ayat kursi, 3kul, as-saffat, al-mulk dan beberapa lgi ayat yg di mana bila aku kaji semula di laman internet, ianya adalah ayat ruqyah yg sering d guna pakai.. aku teruskan mengamalkan ayat2 berikut.. kekadang aku amik air yg aku campur dengan garam bukit, aku bacakan ayat pilihan tu dan aku minum kan air tersebut… termuntah-muntah aku, rasa muntah aku tu rasa seperti arak dan kekadang rasa seperti dadah-dadah yg pernah aku guna dulu… alhamdulillah, semenjak dari tu, aku dah sembuh sepenuhnya. Keadaan diriku pun semakin stabil, dan kian terjaga dan rapi. Berat badan aku naik semula. Rezeki aku, tak putus2. Murah rezeki ku Allahuakbar… dan yg paling penting, aku mulai sedar betapa pentingnya bagi ku untuk sentiasa bersyukur pada Allah.. betapa indahnya nikmat iman.. betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita pada illahi… dan aku sedar betapa hebatnya kasih saying Allah S.W.T. yg sentiasa memberi peluang dan petunjuk…
Tujuan ku menceritakan semula kisah ku, di harapkan dapat memberi serba sedikit pengajaran kepada mereka yg membacanya.. jaga lah hubungan kita terhadap Allah.. berhenti lah menzalimi diri sendiri.. ingat lah pada Tuhan yg mencipta kita. Yg tidak jemu mencurah kasih saying Nya pada kita walaupun di kala kita lupa dan alpa terhadapnya…
Terima kasih kerna membaca…
loading...

0 Response to "(VIRAL) DULU AKU PENAGIH DADAH , ARAK DAN SEGALA KEJAHATAN...TAPI SELEPAS KEJADIAN ITU AKU BERUBAH DAN TIDAK LAGI MENGULANGINYAA..."

Post a Comment

Facebook

Advertising

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close