(VIRAL) Kisah Benar Penumpang Misteri Van Jenazah!

loading...
Van jenazah dipandu Epin menderu laju meninggalkan Felda Tenggaroh 1, menghala ke bandar Kota Tinggi pada 2 September 2013, kira-kira jam 3.30 pagi.


Hantu van jenazah

Selepas menghantar jenazah ke Felda tersebut, Epin mahu segera pulang ke rumahnya yang terletak di bandar Kota Tinggi, Johor.

Perjalanan pulang pagi itu agak sepi. Tidak banyak kenderaan yang melalui jalan di antara Johor Bahru ke Mersing.

Hanya sesekali van jenazah dipandu Epin berselisih dengan kereta atau lori-lori kenderaan berat.

Setengah jam memandu seorang diri dalam keadaan bosan, tiba-tiba Epin dikejutkan dengan deringan telefon. Cepat-cepat dia menjawab panggilan daripada isterinya itu.

"Abang kat mana? Balik tak?", tanya isterinya.

"Dah hantar jenazah. Ni on the way balik," jawab Epin lalu menamatkan perbualan.

Tapi, sebaik telefonnya diletakkan di kerusi sebelah dan melalui sebuah selekoh tajam di kilometer 46.5, tiba-tiba Epin tergamam.

Manakan tidak. Di depannya kelihatan sebuah kenderaan berada di laluan bertentangan selepas hilang kawalan. Kenederaan itu bergerak ke kiri dan ke kanan sebelum berpusing-pusing beberapa kali.

Sepantas kilat kaki Epin menekan brek. Serentak tangannya menyentap stereng ke sebelah kiri, mengelak dari bertembung kenderaan tadi. Bunyi tayar menjerit mencengkam jalan.

STREEETTTTT.... DAMMM!

Suasana sunyi sepi. Badan Epin menggeletar. Jantungnya berdenyut kencang.

Akibat cuba mengelak kenderaan tadi, van jenazah dipandunya terbabas ke kiri sebelum melanggar penghadang jalan.

Bila keadaan sudah tenang, Epin cepat-cepat keluar dari van jenazah tersebut. Baru dia tahu rupanya, van jenazahnya sudah tersadai di atas pembahagi jalan.

Epin meninjau keadaan sekeliling mencari kenderaan yang terbabas tadi.

Tapi, Epin pelik. Kereta yang terbabas dan hampir melanggar van jenazahnya tiada di situ! Yang ada hanya van jenazahnya saja.

""Pelik. Mana pula perginya kereta tadi?", soalnya hairan sebab yakin kenderaan itu betul-betul terbabas dan mereka hampir berlanggar.

Disebabkan van tidak boleh bergerak dan handphonenya tercampak ketika kemalangan, Epin gagal menghubungi sesiapa untuk meminta bantuan.

Epin berdiri di tepi jalan. Niatnya mahu meminta bantuan daripada pengguna jalan raya yang lain.

Tapi, selepas hampir 20 minit menunggu, sekali lagi Epin terasa pelik.

Hampir 20 buah kenderaan telah melalui kawasan itu dan sudah hampir 10 buah kereta ditahan tapi peliknya tiada sebuah pun yang sudi berhenti menghulur bantuan.

Lebih pelik, semua kenderaan itu berlalu begitu sahaja seolah-olah langsung tidak nampak kemalangan yang berlaku.

"Mustahil tak nampak. Tepi jalan saja. Biasanya kalau ada kemalangan, mesti kereta slow. Ini semuanya laju. Tak nampak ke?", bisiknya dalam hati.

Akhirnya selepas 20 minit, sebuah kereta berhenti dan bertanyakan kemalangan yang berlaku. Pantas Epin meminjam telefon pemandu tersebut lalu menghubungi rakannya meminta bantuan.

Setengah jam kemudian, rakannya tiba bersama trak penunda. Sebelum van jenazah ditunda, pemandu trak merakam gambar van tersebut terlebih dahulu.

Gambar itu dirakam sebagai bukti van tersebut terlibat kemalangan apabila pihaknya mahu menuntut insuran nanti.

Dua hari kemudian, Epin terima panggilan daripada pemandu trak penunda tersebut.

"Epin...dah tengok gambar van accident tu? Ada benda dekat van tu", beritahu lelaki tersebut melalui telefon.

Lantas tanpa berlengah, lelaki tadi menghantar gambar dirakamnya ke telefon bimbit Epin. Sebaik melihatnya, Epin terkejut.

Gambar itu menunjukkan ada rambut panjang mengurai keluar melalui cermin belakang van tersebut.

"Hiss... rambut siapa pula? Macam mana boleh ada", bisik hati Epin tertanya-tanya.

Lagipun dia yakin ketika meninjau keadaan van bersama rakan-rakan yang datang membantu, tiada siapa yang perasan kemunculan rambut tersebut.

Selepas melihat gambar itu, Epin mula percaya. Dia yakin, kelibat kereta terbabas dan hampir melanggarnya bukanlah kereta sebenar seperti disangkanya. Sebab itu, 'kereta' tersebut ghaib begitu sahaja.

Sebaliknya, apa yang berlaku disebabkan ada 'sesuatu' yang aneh mengganggu perjalanannya selepas menghantar jenazah.

Lagipun, kalau hendak kata dia mamai, berkhayal atau mengantuk, agak mustahil. Sebabnya, dia baru sahaja bercakap dengan isterinya.

Satu lagi, Epin juga teringat kejadian pelik yang berlaku sebelum dia mengambil jenazah di hospital sebelum kejadian.

Apabila tiba di hospital, Epin terus masuk untuk uruskan dokumentasi menuntut jenazah.

Misteri penumpang van jenazah
Gambar hiasan.

Sebaik selesai dan berjalan ke bilik mayat, salah seorang rakannya yang bertugas sebagai kakitangan hospital malam itu menegurnya.

"Abang, kenapa van ni bau busuk sangat?"

Busuk? Apa yang busuknya? Epin jadi pelik mendengar pertanyaan rakannya. Bila masa pula vannya berbau busuk?

Dia datang ke hospital dengan van itu dan tidak pula dia terhidu sebarang bau busuk atau kurang menyenangkan ketika memandu tadi.

Dek perasan ingin tahu, Epin terus pergi ke vannya. Memang betul, sebaik mukanya dijengah ke dalam van, serta-merta bau busuk menerpa hidungnya.

Fuhh! Bau itu begitu busuk hingga tekak terasa loya. Bagi Epin, baunya seperti nasi basi yang ditinggalkan terperap semalaman dalam kereta.

Mulanya Epin cuba mencari bau tersebut, tapi selepas puas selongkar, dia sendiri tidak pasti dari mana bau itu muncul.

Tapi, apa yang membuatkan Epin lebih pelik, selepas van jenazahnya terlibat dalam kemalangan, serta-merta bau busuk tadi juga hilang.

Bila teringat semua kejadian tersebut, Epin mula tertanya-tanya. Adakah bau busuk seperti nasi basi itu sebenarnya datang daripada makhluk yang menumpang vannya sehingga gambar rambut makhluk itu berjaya dirakam?

Atau, adakah angkara makhluk itu juga, dia terlibat kemalangan?

*Epin dalam cerita di atas ialah Khairul Ariffin Harun, salah seorang pemandu van jenazah di Pejabat Agama Kota Tinggi, Johor.

BACA INI JUGA: Misteri Manusia Bercahaya, Lady of Fatima

-SENTIASAPANAS.COM

loading...

0 Response to "(VIRAL) Kisah Benar Penumpang Misteri Van Jenazah!"

Post a Comment

Facebook

Advertising

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close