loading...

Sungguh misteri apabila tidak pernah melakukan hubungan sexsual, sebab
tidak pernah keluar dengan mana mana lelaki tetapi mengandung. Saya pun
pelik. Macamana boleh mengandung kalau tidak pernah keluar dengan
sesiapa pun.
Umur 19 tahun, belajar di sebuah kolej separa kerajaan. Tidak ada
boyfren, cuma pernah keluar berkumpulan menyiapkan tugasan luar di
kawasan berhampiran kolej.
TIAP BULAN DATANG HAID
Tiap bulan datang haid. Hinggalah seorang kawan menegur perubahan
fizikal dan melaporkan kepada emak. Emak bertanya, dia cakap tidak ada
apa apa yang bersembunyi. Kakak berasa tidak senang hati, terus membawa
pergi ke klinik untuk menjalani pemeriksaan. Apabila imbasan ultra bunyi
dilakukan, terimbas janin berusia 24 minggu.
Gambar imbasan itu amat mengejutkan mereka. Bagaimana boleh mengandung
jika tidak pernah melakukan hubungan badan dengan sesiapa pun. Berita
ini telah membuatkan gadis ini bingung. Keliru, celaru dan dilanda
kemurungan. Diam dan menangis tanpa suara.
Kesugulan dan kemurungan membuatkan segala galanya terganggu. Tidak mahu
makan dan minum, menangis tanpa henti. Keluarga membuat keputusan
menghantar ke Baitus Solehah untuk pemulihan jiwa dan iman.
MENANGIS SETIAP KALI DISOAL
Tiba di Baitus Solehah, rawatan untuk ibu mengandung diuruskan dalam
masa yang sama pengisian rohani untuk membangunkan jiwa yang kosong
diusahakan. Segala galanya disuap semula. Ibarat memimpin orang yang
baru bangun dari koma.
Saya pun tak boleh nak soal banyak banyak jika sepatah disoal dia sudah
menangis dahulu. Angguk dan banyak geleng. Walaupun sudah seminggu di
sini, sudah boleh sesuaikan diri dengan keadaan dan kawan kawan tetapi
bila ditanya soalan bagaimana boleh mengandung, dia akan jadi
kebingungan semula. Untuk membangunkan jiwa yang kosong, kita mesti
mengisi dengan iman.
Mungkin terpaksa dilupakan punca dia mengandung, sebaliknya bangunkan
jiwanya untuk menyayangi janin yang tumbuh di dalam rahimnya dengan
khasiat iman dan takwa. Merawat kedukaan dengan bacaan al quran. Itu
saja yang boleh membantu.
ADAKAH INI SIHIR ?
Kita melihat kemaslahatan lebih utama dari mencari punca dengan terus
bertanya akan mendatang kemudaratan. Biarlah menjadi misteri kepada
semua orang.
Tidak ada sesiapa pun mendakwa adakah ini sihir, bunian, jin atau
kejadian paranormal. Kerana kita masih yakin segala yang berlaku atas
kehendak Allah, aib orang kita tutup, Allah tutup aib kita. Takde
langsung dakwaan pada diri dia dan dalam keluarga apakah kejadian ini
disebabkan oleh pukau, sihir atau makhluk asing. Dia memang tidak tahu
dan tidak ingat apa apa. Lost…
Solat tiang agama, kita jaga solat dengan sempurna, Allah akan jaga kita
dengan sebaik baiknya. Daripada sebuk nak mengetahui rahsia dan punca
baik kita jaga akhlak dan iman kita agar tidak terpesong akidah
disebabkan percaya perkara benda benda yang diluar ilmu dan pengetahuan
kita.
loading...
0 Response to "(VIRAL) Mau Tak Pitam!! Remaja Ini TIDAK Pernah Keluar Dengan Lelaki. Alangkah TERKEJUT Dia Disahkan Hamil 24 Minggu !!! "
Post a Comment