loading...
Pertuduhan itu diterjemahkan oleh jurubahasa kepadanya dalam bahasa Vietnam.
Kenyataannya itu, bagaimanapun, tidak direkodkan mahkamah kerana pengakuan bersalah atau tidak hanya direkodkan apabila kes disebut di Mahkamah Tinggi.
Kenyataan Thi Huong, boleh didengar jelas dalam suasana mahkamah yang sunyi sepi ketika semua yang hadir memberi tumpuan sepanjang prosiding.
Thi Huong kemudian diminta menjawab sama ada dia memahami pertuduhan tanpa sebarang penjelasan sebelum dia mengangguk dan menyatakan dia memahaminya.
Prosiding di hadapan hakim yang bertindak sebagai Majistret, Harith Sham Mohamad Yasin di Mahkamah Majistret Sepang bermula jam 10 pagi itu hanya dihadiri wakil-wakil media, peguam, pegawai dan anggota polis, selain beberapa wakil kedutaan Indonesia dan Vietnam.
Thi Huong, 29, yang berambut perang paras bahu, memakai baju-T kuning dan berseluar jeans biru lembut dibawa ke mahkamah secara berasingan dengan seorang lagi tertuduh, iaitu warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, jam 9.34 pagi dengan kawalan ketat.
Thi Huong dan Siti Aisyah bersama empat lagi yang masih bebas, didakwa membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) jam 9 pagi, 13 Februari 2017.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Dalam prosiding setengah jam itu, pertuduhan ke atas Siti Aisyah dibacakan terlebih dahulu selepas dia dibawa masuk ke bilik prosiding melalui tangga yang menghubungkan lokap aras bawah ke kandang tertuduh dengan tangan bergari.
Siti Aisyah yang berbaju merah dengan seluar jeans biru gelap kelihatan tenang dan mengangguk faham pertuduhan yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia.
Selepas itu, Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor Muhamad Iskandar Ahmad yang mengetuai pihak pendakwaan memohon mahkamah memberikan tempoh sebulan setengah untuk sebutan semula kes itu.
Bagaimanapun, sebelum tarikh sebutan ditetapkan, peguam Gooi Soon Seng yang mengetuai barisan lima peguam bela Siti Aisyah memohon mahkamah mengeluarkan perintah lara-ngan bagi menghalang polis dan orang awam daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media sehingga boleh menjejaskan anak guamnya mendapat perbicaraan adil.
Mahkamah membenarkan permohonan itu selepas pendakwaan tidak membantah dan menyerahkan permintaan tersebut atas budi bicara mahkamah.
Mahkamah kemudian menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes tersebut sebelum ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicarakan bersama.
Setelah prosiding selesai kedua-dua tertuduh diiringi ketat anggota polis dilihat memakai jaket kalis peluru memasuki kenderaan polis meninggalkan mahkamah ke Penjara Kajang.
Sementara itu, seawal jam 5 pagi beratus petugas media dari agensi tempatan dan luar negara memenuhi ruang masuk utama Kompleks Mahkamah Sepang yang dikawal ketat polis sejak awal pagi.
Hanya kira-kira 20 petugas media dibenarkan memasuki bilik prosiding selepas kaunter pendaftaran media dibuka jam 8 pagi tanpa dibenarkan membawa sebarang peralatan elektronik, termasuklah telefon bimbit.
Pihak berkuasa sebelum ini mengesahkan pembawa pasport yang tertera dengan nama Kim Chol adalah sebenarnya Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.
Mangsa memasuki negara ini untuk penerbangan ke Macau. Ketika itu dua wanita dipercayai menyapu muka mangsa dengan tangan mereka.
Kim Chol meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Analisis Jabatan Kimia mendapati agen saraf VX digunakan untuk membunuh mangsa
loading...
0 Response to "(VIRAL) ‘Saya faham, tapi saya tak bunuh’"
Post a Comment