loading...
Sudah Nasib Pakcik Tua,Anak 8,Seorang Pun Tak Balik Jenguk
Sejak kecil anak dijaga,
dibelai dan dimanja, banyak kehandak mereka ibu bapa akan penuhi, dari
keringat dikerah, titik peluh yang dicurahkan demi mencari sesuap nasi
menyara keluarga anak-anak agar hidup sempurna.
Namun, ada antara mereka bila anak-anak dah besar dan berjaya, diri mereka akan disisihkan, hidup berseorangan ataupun 'dilempar' di rumah orang tua tanpa anak-anak sedar, itulah insan yang menjaga mereka dahulu.
Walaupun apa yang admin cakap ini bukan semua orang lakukan, tetapi ia memang ada terjadi dalam masyarakat kita tidak kira bangsa atau agama.
Dapatkan cerita terbaru terus ke facebook anda dengan like page kami....terimakasih

Namun, ada antara mereka bila anak-anak dah besar dan berjaya, diri mereka akan disisihkan, hidup berseorangan ataupun 'dilempar' di rumah orang tua tanpa anak-anak sedar, itulah insan yang menjaga mereka dahulu.
Walaupun apa yang admin cakap ini bukan semua orang lakukan, tetapi ia memang ada terjadi dalam masyarakat kita tidak kira bangsa atau agama.
Di kongsikan oleh sebuah kisah
yang cukup memilukan, satu pengalaman saudara Aznan Abdul Latiff ketika
menyertai program “Sekampit Beras” anjuran Pemuda ISMA Melaka baru-baru
ini di mana mereka telah pergi ke rumah seorang warga emas ni yang
dikatakan duduk berseorangan.
Dia dikatakan mempunyai ramai anak, tetapi seorang pun anaknya balik menjenguknya. Jom kita baca coretan pengalaman saudara Aznan. SETIAP tahun bila tiba bulan Ramadan akan ada ramai insan yang pemurah.

Seperti kebiasaan, saya pergi
menghantar bantuan kepada yang memerlukan. Cuma tahun ini tidak sama
seperti tahun-tahun yang lain dan tahun ini pastinya akan kekal dalam
ingatan sampai bila-bila.
Biasanya sebelum ni bantuan beras dan barang keperluan akan saya panjangkan ke rumah anak yatim ataupun madrasah seperti diminta oleh yang memberi. Tapi tahun ni tak sama. Saya pergi ke rumah-rumah orang kampung yang mana senarai nama saya dapat daripada pihak masjid. Ada 10 buah rumah yang kami pergi semalam dan pelbagai kisah dan teladan yang kami dapat.

Tetapi rumah pertama yang saya
dan rakan-rakan pergi ini akan menjadi ingatan kepada kami. Apabila
mengingatinya berlinangan air mata saya. Kami berhenti di depan sebuah
rumah yang agak usang.
Kelihatan seorang pemuda sedang sibuk memasukkan besi buruk ke dalam kenderaannya dan juga seorang pakcik tua yang memerhatikan pemuda tu dari depan rumahnya.

Kami memberikan salam dan
bersalaman dengan pemuda dan pakcik tu sambil di tangan kami membawa
sedikit barang untuk disumbangkan dan juga bubur lambuk yang diberikan
masjid selepas solat Asar tadi.
“Pakcik apa khabar?,” saya memulakan bicara. “Ini ada sedikit sumbangan buat pakcik.” Pakcik itu menjawab salam kami dan mengambil barang yang diberikan.

Kemudian beliau masuk sebentar
ke dalam rumah untuk menukar pakaian disebabkan beliau hanya bertuala
lusuh sewaktu kami sampai tadi. Kemudian pakcik keluar. Sekali lagi saya
terus bertanyakan khabar pada pakcik tu. “Pakcik sihat? Pakcik duduk
sorang aje ke?” “Pakcik sihat. Anak ini datang dari mana?”
Saya pun menerangkan kami dari mana dan tujuan kami datang. Terpancar sedikit senyuman di raut wajah tua pakcik tu apabila disapa dengan ramah oleh kami ketika berbual. Saya terus menanyakan soalan lagi, bagi memesrakan keadaan. Saya bertanya lagi,“anak pakcik tak balik ke?” Seketika itu juga wajah pakcik tu berubah. “Anak pakcik ada 8 orang.

Sorang pun tak balik tengok pakcik. Apalah nasib pakcik ni,”luahnya. Kami terus terdiam. Dan ketika itu jugalah pakcik tu angkat tangan dan berdoa di depan kami.
“Ya Allah, kau cabutlah nyawaku. Dah tak ada gunanya lagi aku hidup. Kau matikanlah aku Ya Allah.”
Kelihatan genangan air mula
berkumpul di kelopak mata pakcik tua itu. Kami sedikit tersentak dengan
apa yang kami dengar daripada mulut pakcik tu. Tergamam juga melihat
keadaan pakcik ketika itu.
Kami kaku seketika. Seorang
bapa begitu sedih sehingga meminta Allah mencabut nyawanya kerana sudah
lama anaknya tidak pulang ke rumah.
Kami cuba sabarkan dan tenangkan pakcik dengan memberi sedikit nasihat dan harapan. Kami tak kenal pun siapa pakcik ni.
Kami tak kenal pun 8 orang anak pakcik ni. Kami tak tau apa kerjaya anak-anak pakcik ni. Kami tak tau apakah harapan yang kami berikan pada pakcik tu untuk menanti kepulangan anaknya adalah harapan palsu atau mampu jadi realiti. Kami tak tahu sejarah panjang hidup pakcik ini bersama anak-anaknya.

Tapi, saya berdoa pada Allah
semoga urusan pakcik ini dipermudahkan. Saya berdoa agar anak pakcik ini
pulang untuk menziarahi ayahnya. Saya berdoa agar lebih ramai yang
datang membantu pakcik ini.
Kita adalah anak kepada ibu dan bapa kita. Merekalah yang banyak berbakti kepada kita. Mungkin tak mudah untuk kita lafazkan kata-kata sayang pada orang tua macam yang mereka ucap pada kita waktu kita kecil dulu. Mungkin juga kita tak mampu memberikan kemewahan pada mereka.

Tapi yang pasti kita boleh
sentiasa berdoa dan berbuat baik kepada mereka. Pulanglah di hari raya
ini demi orang tua kita. Jika ada masalah yang berlaku kita tidak tahu,
ketahuilah, seteruk atau seburuk manapun dia, dia tetap ayah kita, insan
yang banyak berkorban untuk besarkan kita dan darahnya mengalir dalam
tubuh kita
loading...
0 Response to "(VIRAL) Sudah Nasib Pakcik Tua,Anak 8,Seorang Pun Tak Balik Jenguk !! Anak Apa semua Habis tak balik tengok Mak Ayah.. Dah kaya ke ?? "
Post a Comment